• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Bangkok Tangkap Ular Daripada Padam Api

oleh
16/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bilangan ular menyelinap masuk ke dalam rumah di bandar raya ini kian bertambah, sehinggakan menjadi satu masalah baharu bagi pasukan bomba ibu kota Thailand itu.

Menurut pihak berkuasa kota raya berkenaan, jumlah reptilia tersebut yang berjaya ditangkap dalam rumah-rumah penduduk di sekitar Bangkok malahan meningkat dengan begitu pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Media tempatan dipetik stesen penyiaran Channel NewsAsia melaporkan bahawa jumlah kes bertambah daripada hanya 16,000 aduan pada tahun 2013 kepada sekitar 29,000 aduan sepanjang tahun lalu.

Kini, para ahli bomba setempat perlu belajar cara-cara betul untuk menangani ular kerana panggilan kecemasan yang diterima adalah lebih kepada usaha menangkap reptilia itu berbanding memadamkan kebakaran.

Kebanyakan ular ditemui mereka dalam rumah termasuk pangsapuri lazimnya adalah jenis biasa tidak berbahaya kepada manusia manakala spesies yang beracun pula masih lagi boleh diuruskan oleh anggota bomba.

Piya Saereerak, pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Thailand berkata, setiap bulan klinik haiwan diuruskannya menerima hampir 400 ekor ular pelbagai jenis daripada bomba sebelum dilepas ke hutan.

Thailand memiliki kira-kira 300 spesies ular dengan 10 peratus daripadanya dikenal pasti beracun. Kebanyakan ditemui bomba adalah ular sawa sepanjang dua meter dan fenomena itu menakutkan 10 juta warga Bangkok.

Landskap rendah daripada paras laut dikenal pasti membuatkan kawasan daratan Bangkok mudah dilanda banjir semasa musim hujan sekali gus mengundang ular dan reptilia lain seperti biawak dari hutan berhampiran.

Namun, keadaan kini dikatakan bertambah teruk ekoran masalah pembuangan sampah oleh penduduk tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan kediaman menarik kehadiran tikus dan burung mencari makanan.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok melaporkan warga kota itu membuang 10,454 tan sampah setiap hari pada tahun ini berbanding kurang 9,000 tan sehari direkodkan pada 2011 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bangkokThailandular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd