• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Nombor Plat Khas T1M Bakal Tarik Minat

oleh
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nombor pendaftaran kenderaan khas, ‘T1M’ yang membawa maksud Transformasi 1Malaysia bakal diperkenalkan kepada orang awam mulai hujung bulan ini.

Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, diberi tanggungjawab oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menguruskan penjualan sebanyak 1,000 unit plat khas T1M tersebut.

Pengerusinya, Helmi Yusof berkata, usaha itu selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan khas T1M ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, bagi melaksanakan usaha transformasi generasi muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

“Sebagai permulaan, nombor plat ‘T1M 1’ dibuka untuk bidaan dengan harga tawaran RM180,000 dan kami menjangkakan nombor pendaftaran ini dan nombor berdigit tunggal bakal menjadi rebutan ramai,

“Orang ramai boleh bida plat bermula ‘T1M 1’ sehingga ‘T1M 1000’,” kata Helmi. Beliau berkata demikian dalam sidang media, yang turut dihadiri Penasihat Kehormatnya, Tan Sri Dr. Yahya Ibrahim, di sini hari ini.

Helmi berkata, Perdana Menteri turut dijangka melancarkan plat T1M pada 19 November ini di Pekan, Pahang. Orang ramai boleh mendapatkan borang bidaan melalui laman web www.platt1m.com.

Kata beliau, inisiatif tawaran istimewa itu bagi membantu pertubuhan tersebut dapat melaksanakan pelbagai program yang komprehensif, dirancang khusus untuk membangunkan anak muda.

“Program pembangunan modal insan ketika ini sangat penting untuk dilaksanakan, kerana situasi masalah sosial di kalangan remaja masa kini sangat membimbangkan.

“Keperluan ini amat penting dan kita amat harapkan sokongan kerajaan, agensi korporat, swasta, dan semua pihak bagi merealisasikan usaha ini,” kata Helmi lagi.

Tempoh proses bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan khas ‘T1M’ hanya akan dibuka secara rasmi pada 20 November ini dan ditutup menjelang pada 20 Disember depan.

Bagi pembida yang berjaya, tempoh pendaftaran adalah sehingga 30 Julai 2018 dan semua proses pendaftaran hanya boleh dilakukan di JPJ cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: JPJnombor plat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd