• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50 Syarikat Terkemuka Elak Bayar Cukai

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 50 syarikat koporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan di negara ini dikesan mengelak daripada membayar cukai, dakwa Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Irmohizam (BN-Kuala Selangor) berkata lebih mengejutkan lagi, 20 daripada syarikat terbabit yang telah dikenal pasti dan dinilai, memiliki cukai sebenar yang tidak dibayar berjumlah RM1 bilion.

“Persoalannya, sekiranya syarikat-syarikat korporat gergasi yang dimiliki jutawan turut terlibat dalam pengelakan cukai ini, apatah lagi syarikat-syarikat kecil yang turut terlibat dalam hal ini.

“Justeru itu, saya ingin bertanya apakah mekanisme terbaik yang sedang dirangka oleh pihak kementerian dalam menangani ketirisan pengelak cukai dan sejauh manakah pemantauan dibuat bagi mengatasi masalah ini?,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 di peringkat jawatan kuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Irmohizam turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada 24 syarikat yang menerima anugerah tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada CSR Malaysia di atas pembabitan aktif mereka membantu masyarakat menerusi pelbagai bentuk bantuan.

Justeru itu, bagi menggalakkan lagi penglibatan sektor swasta dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Irmohizam mencadangkan kerajaan memberi pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat yang aktif dalam melaksanakan aktiviti CSR.

“Saya turut meminta agar pelepasan cukai ini diberikan kepada syarikat-syarikat kerajaan yang memberi peluang kepada graduan untuk menjalani latihan industri ataupun ‘internship’ di syarikat mereka.

“Seterusnya saya ingin mencadangkan agar potongan cukai turut diberikan kepada para atlet OKU atau kepada atlet yang memenangi pingat di peringkat kejohanan antarabangsa bagi menghargai usaha mereka di samping memberikan galakan kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Irmohizam Amal Pendekatan Mesra Rakyat

03/05/2018
0

KUALA SELANGOR - Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menggunakan pendekatan ‘walkabout’ atau tinjauan mesra yang dilihat...

Manifesto BN Inklusif Janji Kemajuan Di Setiap Negeri

17/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bersifat inklusif merangkumi janji kemajuan di setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd