• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Cadang Pos Kawalan Gabungan Diwujudkan

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menyarankan kepada kerajaan untuk mewujudkan pos kawalan gabungan di Pulau Ligitan, Semporna untuk meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali berkata saranan itu dibuat dengan mengambil kira aktiviti jenayah rentas sempadan yang dikesan di kawasan tersebut.

“Ketika iniEsscom giat memantau keadaan di sana kerana apabila seminggu sahaja ditinggalkan, akan ada rumah-rumah sementara dibina oleh pendatang asing tanpa izin.

“Pada dasarnya perkara ini telah dipersetujui dan dalam peringkat pengetahuan Majlis Keselamatan Negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan Esscom di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Hazani turut mengetuai kira-kira 140 anggota Esscom melafazkan ikrar bebas rasuah (IBR) yang disaksikan Ketua Cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lahad Datu, Wan Kamal Noor Izwan Wan Kamaruddin.

Beliau berkata pewujudan pos kawalan gabungan itu sekali gus bertindak sebagai serampang dua mata dengan pos tersebut menjadi mercu pemisah kepada negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina dengan Malaysia.

“Ini disebabkan kedudukan pulau Ligitan terletak di penghujung sempadan antara Malaysia dan Filipina serta Indonesia,” katanya.

Hazani berkata kerajaan menerusi Esscom sentiasa berusaha menambah aset pertahanan termasuk pemasangan Coastal Surveillance System Radar (CSSR) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi meluaskan lagi capaian liputan semasa pemantauan di laluan berisiko.

“Terbaru, lima CSSR bersama optronik dipasang di lima pulau perairan telukan di Lahad Datu dan Semporna,” katanya.

Bagi mengukuhkan kawalan keselamatan perairan Esszone, Esscom turut memperkenalkan inisiatif pemantauan di laut yang kini beroperasi di PulaU Pom Pom di Semporna di bawah seliaan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Katanya, sistem itu turut bakal diguna pakai dalam pengoperasian, dengan kerjasama seliaan ATM di Pulau Kulapuan, Mantabuan dan Pulau Bohayen. – BERNAMA

Tags: Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd