• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerabat Diraja Johor Dijel 2 Tahun, Denda RM10,000

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hukuman penjara terhadap seorang kerabat diraja Johor dikurangkan kepada dua tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitannya terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam memerintahkan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Hakim Mohd Zawawi yang mempengerusikan panel itu menolak rayuan Tunku Nick Tazuddin, terhadap sabitannya tetapi membenarkan rayuannya untuk mengurangkan tempoh penjara daripada empat tahun kepada dua tahun.

Beliau turut mengenakan denda RM10,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda itu terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32, yang memakai kemeja dan seluar hitam.

Semasa menyampaikan keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata hakim Mahkamah Sesyen adalah betul apabila mendapati Tunku Nick Tazuddin bersalah terhadap pertuduhan itu.

Beliau bagaimanapun berkata hukuman penjara empat tahun terhadap Tunku Nick Tazuddin yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen adalah kurang sesuai kerana wujud elemen provokasi.

Hakim itu berkata penjara enam minggu yang telah dijalani Tunku Nick Tazuddin sebelum beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dan kebenaran bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan perlu dipertimbangkan.

Pada 28 Jun, 2013 Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun masing-masing terhadap Tunku Nick Tazuddin, Alex Foo Hee Wee dan Mohd Arif Husin selepas mendapati mereka bersalah terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, Johor Bahru, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.

Bagaimanapun, Foo telah meninggal dunia dan Mohd Arif, 40, yang menghadapi pertuduhan membunuh dalam kes lain tidak mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan tempoh penjara itu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi membebaskan keempat-empat mereka dan pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Rayuan yang menghantar semula kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim lain. Sidang Mahkamah Tinggi yang kedua itu kemudian mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Tunku Nick Tazuddin mengemukakan rayuan.

Dalam prosiding hari ini, peguam mewakili Tunku Nick Tazuddin, Mohd Daud Ismail dalam hujahnya berkata berlaku provokasi dan perkara itu tidak dipertimbangkan mahkamah lebih rendah dan menurutnya mangsa turut bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa pula berkata mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan dan turut diseret ke but sebuah kereta bernasib baik kerana masih bernyawa.

Dilaporkan Muhammad Farkhan, 29, pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos, telah patah rahang dan mengalami pelbagai kecederaan lain selepas dipukul sekumpulan lelaki.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd Daud berkata anak guamnya akan membayar denda itu. – BERNAMA

Tags: dipenjaraKERABAT DIRAJA
Share210Tweet132SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd