• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Pemalsuan Kad: 14 Warga Asing Ditahan Imigresen

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), E-kad dan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan menahan seorang wanita serta 13 lelaki warga Bangladesh dalam operasi khas di sebuah kediaman di Serdang, dekat sini malam tadi.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata sindiket berkenaan dipercayai bergiat aktif setahun lepas dengan menjadikan premis-premis telefon yang disewa sebagai tempat beroperasi untuk mendapatkan pelanggan serta berurus niaga.

Beliau berkata penggunaan premis telefon itu bertujuan untuk melindungi dan mengaburi kegiatan haram yang mereka lakukan daripada dikesan pihak berkuasa.

“Sindiket ini telah menyewa sebuah premis kediaman bertujuan menjalankan kegiatan itu, yang menemukan dua buah komputer dan pencetak, pencetak kad yang dianggar bernilai RM8,000, mesin ‘laminated’, sejumlah kad CIDB, E-kad dan pelekat PLKS termasuklah sejumlah wang bernilai RM6,977.

“Imigresen telah menjalankan risikan hampir tiga minggu dan pergerakan mereka berjaya dikesan beroperasi di sekitar Puchong dan Seri Kembangan manakala sindiket ini dikenali sebagai ‘family syndicate’ kerana terdiri daripada ahli keluarga melibatkan pasangan suami isteri dan keluarga terdekat,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Mustafar berkata sindiket itu mampu menghasilkan 30 hingga 40 kad sehari dan mampu mengaut keuntungan sebanyak RM30,000 sehingga RM40,000 sebulan.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau majikan yang melanggar Akta Imigresen 1959/1963, Peraturan-peraturan Imigresen, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran,” katanya.

Selain itu, beliau berkata imigresen turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry.

“Saya percaya sindiket ini (pemalsuan dokumen) masih berterusan dan menggunakan modus operandi yang sama dan imigresen akan mempergiatkan usaha untuk membanteras kegiatan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata sebanyak 4,245 pendatang asing tanpa izin ditahan dari awal Januari sehingga Oktober lepas di sekitar Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, seramai 125 pegawai dan anggota imigresen melafazkan IBR sebagai janji untuk mendukung semua prinsip pencegahan rasuah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

28/12/2018
0

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd