• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Al Ameen, Bayi Pondok Bas Lebu

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bayi lelaki yang ditemui masih bertali pusat di pondok bas di Lebu, Bentong dekat sini pada Ahad lalu dinamakan Muhammad Al Ameen.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi seberat 2.8 kilogram itu dilaporkan berkeadaan sihat.

“Bagaimanapun Al Ameen masih di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk pemantauan doktor dan akan ditempatkan di sebuah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebaik dibenarkan keluar,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Ahad lalu, penduduk Kampung RTP Lebu menemui bayi malang itu dalam keadaan kesejukan dan hanya berbalut kain batik yang dibasahi darah, dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui pada 7 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong DSP Zainudin Abdul Hamid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi itu.

Sementara itu, Pengarah JKM negeri Zulkhairi Zainal Abidin berkata jabatannya menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang berhasrat mengambil bayi itu sebagai anak angkat, termasuk daripada mereka di luar Pahang.

“Bagaimanapun kami memaklumkan, bahawa bayi itu berada bawah pemantauan doktor dan ibu bapa kandungnya masih mempunyai masa untuk menuntut. Jika tiada, baharulah JKM akan membuka proses pengangkatan,” katanya sambil menambah mereka yang berhasrat menjaga bayi itu perlu melalui prosedur yang ditetapkan JKM. – BERNAMA

Tags: buang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd