• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vingada Bergelut Dengan Kesukaran

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada menyifatkan kesukaran mengumpul pemain yang memenuhi kriterianya merupakan halangan utama dalam membentuk sebuah pasukan yang berjaya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Selain itu, pengendali dari Portugal itu, berkata kekurangan pendedahan dalam perlawanan antarabangsa sebelum membuka kempen Kumpulan B pada pusingan kelayakan itu juga menyumbangkan kepada kegagalannya merancang strategi kejayaan.

Katanya, beliau terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran dalam usaha membawa kejayaan kepada skuad negara pada kempen Piala Asia 2019, namun semuanya berkubur apabila tersingkir daripada pusingan kelayakan itu.

Biarpun mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan sejak mengambil alih jawatan penting itu, Vingada tidak menyalahkan sesiapa malah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan itu.

“Bagaimanapun, saya optimistis skuad negara berada di landasan yang betul ke arah mencapai masa depan yang cerah,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba dengan skuad negara dari Buriram, Thailand, hari ini.

Kekalahan 4-1 berturut-turut dengan Korea Utara di Thailand menjadikan Malaysia pasukan pertama tersingkir dalam Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata selepas tamat lima perlawanan.

Sebelum itu, Malaysia kalah 2-1 dengan Lubnan dan kalah 2-0 kepada Hong Kong selain seri 10-1 dengan lawan sama sebelum berdepan dengan Lubnan, Mac depan.

Dua kekalahan dalam aksi persahabatan yang diatur Ogos lalu turut mencalar reputasi negara terutamanya apabila dimalukan Myanmar 1-0 yang hanya membariskan skuad kedua selain turut tewas 2-1 kepada Syria. – BERNAMA

Tags: Nelo Vingada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vingada Ditekan Selepas Dibelasah Korea Utara

12/11/2017
0

BURIRAM - Selepas dibelasah Korea Utara 1-4 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan Nelo Vingada...

“Gol Pertama Matikan Tumpuan Kami,” Kata Vingada

12/11/2017
0

BURIRAM - Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila anak buahnya tewas mudah 1-4 kepada Korea Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd