• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandikar Cabar Pembangkang Buktikan Keikhlasan

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mencabar pihak yang kononnya berjuang untuk menegakkan hak-hak Sabah membuktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat negeri itu atau ia hanya agenda politik mereka.

Ini termasuk cabaran kepada Parti Warisan sama ada ia akan meminda Artikel 5A, Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu agama Islam tidak lagi menjadi agama negeri Sabah sekiranya parti itu memerintah Sabah.

Pandikar dalam kenyataan media hari ini, berkata cabaran dan persoalan sama ditujukan kepada Presiden Parti STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang turut mendakwa beliau (Pandikar) memutarbelitkan fakta berhubung Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Cabaran itu, katanya kerana pihak terbabit telah salah tafsir sejarah kemerdekaan pewujudan Malaysia dan perundangan yang berkaitan dengannya untuk menyesuaikan selera dan agenda politik masing-masing.

“Sejak kebelakangan ini, isu hak-hak negeri Sabah dan Sarawak hebat diuar-uarkan oleh mereka yang mempunyai agenda politik masing-masing. Saya terpanggil membuat kenyataan ini atas kapasiti sebagai Sabahan (rakyat Sabah) dan bukan atas kapasiti sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana isu ini amat serius.

“Pihak yang mempergunakan isu ini, membuat kenyataan kononnya atas kehendak dan kemahuan rakyat negeri Sabah, seolah-olah pendapat mereka ini dipersetujui oleh semua rakyat Sabah. Oleh kerana pihak-pihak ini beria-ia untuk menegakkan hak-hak Sabah yang sepertimana kononnya dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963, maka saya mencabar mereka untuk buktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat negeri Sabah,” katanya.

Tegas beliau, cabaran itu berasaskan sepertimana yang dimaklumi umum bahawa sebelum 1976, negeri Sabah tidak mempunyai agama rasmi selari dengan apa yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Bagaimanapun, kata Pandikar, pada tahun 1976, kerajaan USNO telah mengubah keadaan itu dengan meminda Perlembagaan Negeri Sabah dengan memasukkan artikel baharu – Artikel 5A yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri itu.

“Sebelum saya menjawab kenyataan Yang Berhormat Darell Leiking yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan yang disiarkan oleh The Borneo Post hari ini (14 Nov 2017) , saya mahu Yang Berhormat Darell Leiking menyatakan dengan jelas iaitu :

“Adakah Parti Warisan akan meminda Artikel 5A dalam Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu agama Islam tidak lagi menjadi agama negeri Sabah kalau Warisan memerintah negeri Sabah?,” katanya sambil menujukan soalan sama kepada Jeffrey Kitingan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Terima Proklamasi Pembubaran

07/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang berkuat kuasa Sabtu. Yang Dipertua Dewan Rakyat,...

Jangan Lepas Geram Dalam Dewan Rakyat – Pandikar

05/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menasihati anggota parlimen agar mengawal emosi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd