• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Forum Bantu Jepun Tawar Menu Halal Olimpik

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Usahawan Malaysia perlu memanfaatkan kehadiran wakil Jepun pada Forum Perniagaan Antarabangsa MARA OISCA 2017 (MOIBF 2017) di sini untuk mempelajari sebanyak mungkin tentang keperluan mereka dan peluang dalam Sukan Olimpik yang akan datang.

Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata usahawan boleh menggunakan forum dengan kerjasama Pertubuhan bagi Kemajuan Perindustrian, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) itu sebagai platform untuk menjadi antara penyedia makanan dan produk halal utama untuk para atlet dan pengunjung di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Saya berharap dapat menyaksikan banyak perjanjian perniagaan dimuktamadkan, selain daripada padanan perniagaan dan perangkaian yang akan berlaku di sini,” katanya semasa merasmikan MOIBF 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata selain usahawan tempatan, terdapat juga usahawan dari Brunei Darussalam, Indonesia, Azerbaijan dan Myanmar.

Awang Adek berkata beliau menjangkakan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana akan menyertai pasaran eksport makanan dan produk halal kerana perniagaan Jepun akan mendapatkan makanan halal dari negara-negara pengeksport untuk Sukan Olimpik yang akan datang.

“Malaysia adalah antara peserta utama dalam industri makanan halal global dan menyasar untuk menjadi hab halal global yang sebenar menjelang 2020 serta diiktiraf di peringkat global sebagai negara Islam progresif, ” katanya.

Eksport produk halal dari Malaysia pada tahun lepas berjumlah RM42 bilion, yang dianggap kecil berbanding dengan pasaran halal global bernilai US$2.3 trilion (US$1 = RM4.18), katanya.

“Walaupun permintaan produk halal di dunia tidak terhad kepada pengeksport Malaysia, syarikat-syarikat kita perlu menjalankan peranan mereka untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi piawaian dan jangkaan global.

“Lebih banyak lagi yang perlu dilakukan dari segi meningkatkan kapasiti pengeluaran, kebolehpercayaan produk dan pembungkusan serta strategi pemasaran yang berkesan,” katanya.

Mengenai MARA, beliau berkata, usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan usahawan bertaraf dunia melalui penubuhan Standard Kualiti Global berdasarkan Standard Antarabangsa bagi produk tempatan.

Beliau berkata hubungan dan kerjasama MARA-OISCA dapat diperluaskan ke program keusahawanan lain seperti inkubator perniagaan, penempatan latihan dan perniagaan, perundingan pemula niaga dan pelancongan industri.

“Saya yakin kerjasama erat ini akan mewujudkan usahawan yang terlatih dan terdedah kepada dua budaya hebat, Jepun dan Malaysia, yang akan lebih bermakna kepada “Dasar Pandang Ke Timur’ kami, pada masa yang sama mencatat kedudukan kompetitif kami di Asia sebagai rantau ekonomi yang paling pesat berkembang rantau ekonomi di dunia,” katanya.

Pada majlis itu, Awang Adek juga menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara empat syarikat Malaysia dan rakan kongsi mereka dari Jepun dengan jumlah perniagaan kira-kira RM500 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Lelaki Pengerusi Mara Meninggal Dunia

16/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang Adek Hussin meninggal dunia di kediamannya di...

Najib Rakam Ucapan Takziah Kepada Awang Adek

17/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd