• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Wang KWSP Penuhi Keperluan Selepas Bersara

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengharapkan wang simpanan mereka dapat digunakan untuk memenuhi keperluan harian termasuk membiayai rawatan perubatan dan kesihatan setelah bersara daripada pekerjaan masing-masing.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pencarum KWSP mahu menggunakan wang simpanan itu sebaik mungkin untuk urusan harian memandangkan sudah tidak mempunyai pendapatan tetap selepas bersara termasuk kegunaan menunaikan haji sekiranya masih belum berbuat demikian sebelum bersara.

Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta Jauhariatul Akmal Johar, 31, berkata usia 60 tahun setelah bersara adalah umur untuk beliau berehat dan wang simpanannya itu akan digunakan dengan sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan harian tanpa melalukan pembaziran.

“Kalau untuk beli rumah rasanya kebanyakan pencarum mengharapkan mampu keluarkan duit caruman sebelum pencen… mungkin tidak ada apa-apa erti dah berumah besar masa itu. Anak-anak pun dah ada kehidupan masing-masing, masa anak-anak kecil sahaja kebanyakan orang nak ada rumah besar. Lepas bersara hendak berehat,” katanya.

Jauhariatul Akmal berkata beliau juga akan menggunakan wang simpanannya itu untuk pergi menunaikan ibadah haji sekiranya belum mendapat peluang melaksanakan Rukun Islam kelima itu sebelum bersara.

Berkongsi pendapat yang sama, seorang pekerja swasta NorJuliana Yaacob, 27, berkata beliau mengharapkan wang simpanannya itu dapat digunakan sebaik mungkin untuk menguruskan keperluan harian dan kesihatan diri.

“Selain itu, saya juga akan menggunakan duit simpanan KWSP saya ini untuk pergi ke Makkah jika waktu bersara itu saya belum menunaikan ibadah haji lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang eksekutif jualan, Syazwani Mat Isa, 29, berkata beliau tidak akan mengeluarkan wang simpanannya selagi belum bersara sama ada untuk membeli rumah mahupun tujuan lain kerana wang itu akan dijadikan simpanan untuk kegunaan di hari tua selepas bersara.

“Saya akan buat simpanan untuk meneruskan hidup sebab masa itu sudah tidak berpendapatan dan saya juga akan pastikan semua hutang saya selesai sebelum bersara,” katanya.

Syazwani berkata sekiranya ada lebihan wang simpanannya itu, beliau juga berhasrat untuk menggunakan wang itu pergi melancong.

Bagi seorang lagi pekerja swasta Zulqurnain Othman, 30, beliau merancang untuk menjalankan aktiviti yang boleh menjana pendapatan secara pasif selepas bersara nanti, seperti melaburkan sebahagian wang simpanannya dalam bidang pertanian.

“Saya juga akan memastikan semua hutang pinjaman dengan bank dapat saya bayar semua sebelum bersara. Saya kena pandai guna wang simpanan ini supaya tidak terdesak kesempitan wang menjalani kehidupan seharian selepas bersara nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff menasihati pencarum supaya menggunakan wang simpanan mereka secara berhemah selepas bersara nanti serta tidak mengeluarkan wang itu sebelum tiba tempohnya.

“Asas KWSP adalah untuk simpanan apabila kita tidak lagi bekerja… sekiranya digunakan sekarang maka pencarum akan mengalami masalah kewangan apabila tidak lagi bekerja (bersara) kerana tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

Mohamad Yusrizal berkata pihaknya mendapati ramai warga emas pada masa ini yang bersara terpaksa berhempas pulas bekerja untuk menyara kehidupan mereka berikutan wang simpanan KWSP mereka telah digunakan awal daripada tempoh sepatutnya. – BERNAMA

Tags: KWSPPesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd