• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kau Mabuk Ke Masa Pasang Tu” – Papan Iklan Terbalik

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK semalam, tular di laman sosial gambar papan iklan produk yang dipasang secara terbalik sehingga mengundang tanda tanya netizen.

Gambar-gambar papan iklan tersebut diambil oleh pengguna lebuh raya di sekitar Lembah Klang dan kemudian dimuat naik di laman sosial hingga menjadi tular.

Melaluinya, dapat diperhatikan figura separuh seorang lelaki berbaju Melayu bersongkok sambil memegang produk.

Keadaan itu menyebabkan ramai netizen membuat pelbagai andaian. Malah, ada yang menyangkakan ia secara tidak sengaja dipasang terbalik.

“Kau mabuk ke masa pasang banner tu,” kata seorang netizen.

Namun andaian itu meleset kerana bukan hanya satu tetapi iklan tersebut juga dipasang secara terbalik di beberapa buah jalan lagi di sekitar Lembah Klang.

Justeru, rata-rata netizen mula berpendapat ia hanyalah strategi pemasaran. Maklumlah apabila sesuatu perkara itu dibuat secara luar biasa atau pelik lagi di luar kotak, ia mudah mendapat perhatian.

Kalau benarlah seperti yang dijangka syarikat produk tersebut memang bijak dalam merancang strategi.

Mana tidaknya, kerana iklan terbalik itulah ia terus menjadi tular dan hasilnya, produk mereka lebih dikenali.

Apa-pun, tindakan menebalikkan papan iklan itu dikhuatiri boleh membahayakan pengguna lebuh raya kerana leka melihatnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: iklankreatif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TikTok Larang Iklan Politik

TikTok Larang Iklan Politik

01/03/2023
0

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan....

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

21/07/2022
0

Kuala Lumpur : Polis mengesan iklan tawaran palsu keahlian dan penggunaan lambang Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang menawarkan pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd