• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tewas Lagi 1-4 Kepada Korea Utara

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BURIRAM – Kempen Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan memalukan apabila tumpas menerusi jaringan sama 1-4 kepada ​​​Korea Utara yang beraksi lebih mantap di Stadium i-mobile, di sini malam ini.

Kekalahan tersebut adalah kedua buat Malaysia dalam tempoh tiga hari, selepas tumpas 1-4 kepada Korea Utara di stadium yang sama, Jumaat lepas.

Turun beraksi dalam keadaan tekanan, ketua jurulatih Malaysia Nelo Vingada membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama, dengan merehatkan beberapa pemain yang sering diturunkan di bangku simpanan, dan membariskan pemain muda dalam usaha mengelak berdepan satu lagi kekalahan.

Antara pemain yang direhatkan pada perlawanan malam ini adalah Fadhli Shas, yang diberi tugas selaku ketua pasukan pada perlawanan Jumaat lepas, dan S. Kunanlan yang masih mengalami kecederaan.

Safiq Rahim yang boleh beraksi pada perlawanan malam ini, selepas digantung satu permainan ketika pertemuan dengan Hong Kong sebelum ini, juga diletakkan sebagai pemain simpanan walaupun dijangka kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Malaysia bermula agresif di awal permainan sehingga memaksa Korea Utara memperkemaskan kawalan, namun sikap positif ditampilkan pemain negara tidak bertahan lama, sebaliknya anak buah Jorn Andersen kembali menguasai perlawanan.

Barisan pemain Korea Utara yang tinggi lampai dan memiliki fizikal yang lebih tegap, terus memberi tekanan terhadap pemain Malaysia, dan menerusi sepakan sudut, Kim Yu Song menanduk masuk bola untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-15.

Lima minit kemudian, Song menggandakan jaringan selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut rakan sepasukan, dan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-44 untuk Korea Utara mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Menyedari mengalami kekalahan ketujuh sejak dilantik sebagai jurulatih skuad Malaysia pada Mei lalu, Vingada membuat beberapa pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan pemain lebih berpengalaman, Fadhli Shas dan Safiq serta pemain sayap, Safawi Rasid.

Kemasukan ketiga-tiga pemain berkenaan tidak memberi banyak perubahan, dengan Korea Utara memperoleh gol keempat pada minit ke-78 menerusi Park Kwang Ryong, sebelum Safawi menghadiahkan gol sagu hati Malaysia pada minit ke-85. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd