• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Geng Temenggong Di Daerah Kulai

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Polis menumpaskan kegiatan sekumpulan lelaki dikenali “Geng Temenggong” dengan penahanan tujuh lelaki disyaki terlibat dalam lebih 20 kes pecah rumah, samun dan ragut di daerah ini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata kesemua suspek berusia antara 15 hingga 27 tahun itu termasuk dua remaja yang tidak bersekolah ditahan kira-kira 3 pagi dalam dua serbuan berasingan di kawasan flat Temenggong,di sini, Khamis lepas.

“Bertindak atas maklumat kes pecah rumah di daerah itu membawa kepada penahanan ketujuh-tujuh suspek yang mengaku terlibat dalam kegiatan itu sejak awal tahun ini dan melakukan lebih 20 kes pecah rumah, samun dan ragut,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah Kulai, di sini, petang ini.

Menurut beliau antara modus operandi kumpulan itu dengan menyasarkan pekerja asing dan wanita yang sedang menunggu untuk pergi kerja pada awal pagi selain pecah rumah dan kedai secara berkumpulan dan bersenjata.

“Kita turut merampas beberapa barang yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan terbabit termasuk parang dan topi keledar selain barang-barang yang disyaki hasil kegiatan itu yang keseluruhannya bernilai RM 20,000,” katanya.

Razak berkata polis juga telah mengenal pasti seorang lagi suspek dipercayai anggota kumpulan itu yang masih bebas dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat.

Hasil siasatan awal mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah selain ujian saringan air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Ketujuh-tujuh suspek itu kini ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana meragut, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun secara berkumpulan serta bersenjata dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA). – BERNAMA

Tags: Geng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gengster Berpesta Depan Sekolah Dicekup Polis

22/04/2017
0

BAGAIKAN babak gengster dalam filem Tamil, demikian aksi sekumpulan remaja yang menimbulkan kekecohan di hadapan sebuah sekolah di Klang, Selangor baru-baru...

Polis Tahan 8 Lelaki Geng Samun

09/10/2015
0

NIBONG TEBAL - Polis berjaya menumpaskan geng samun menggunakan parang yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd