• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Antara 200 Hingga 300 Pembekal Terlibat KR1M 2.0

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Antara 200 hingga 300 pembekal akan terlibat dalam Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 bagi menawarkan lebih banyak pilihan produk yang berkualiti pada harga lebih rendah daripada pasaran, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata perbincangan dengan syarikat multinasional (MNC), syarikat besar tempatan (LLC) dan juga Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) telah diadakan agar mereka boleh membekalkan produk dan barangan dengan harga berpatutan kepada KR1M.

“Mydin tidak lagi jadi pembekal utama. Sekarang semua (syarikat) boleh membekal produk. Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan program (KR1M) untuk menambah dan meningkatkan jumlah barangan sehingga ke pedalaman.

Saya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 unit simpanan stok (SKU) dijual di KR1M 2.0. Harga produk KR1M 2.0 akan lebih murah,” katanya pada satu sidang media selepas majlis prapelancaran Karnival Jualan Mega 2017 di sini hari ini.

Hamzah berkata perbincangan akan diadakan dengan MNC agar dapat menawarkan barangan keperluan harian dengan harga lebih rendah dan kompetatif berbanding di pasar raya.

Beliau berkata barangan keperluan asas di KR1M akan diletakkan logo milik KR1M dan juga 1Malaysia.

Menurut Hamzah, KR1M 2.0 dijangka dilancarkan pada akhir tahun ini dan beroperasi pada Januari tahun depan.

Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sebanyak 50 KR1M akan distruktur semula sebagai KR1M 2.0 tahun depan dan diperluaskan kepada 3,000 buah dalam tempoh tiga tahun.

Selain itu, perdana menteri berkata KR1M 2.0 akan menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG).

Sementara itu, Hamzah berkata Karnival Jualan Mega 2017 akan diadakan di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak bermula 22 hingga 26 November dan dijangka menarik 500,000 pengunjung dengan jualan RM15 juta.

Beliau berkata Karnival Jualan Mega 2017 diadakan secara bersepadu dengan menggabungkan beberapa program KPDNKK berimpak tinggi di bawah satu jenama, antaranya Sambutan Hari Francais Kebangsaan, Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Kempen Balik ke Sekolah.

Sebanyak 17 syarikat yang terbahagi kepada beberapa kluster seperti automotif, peruncitan, buku dan elektronik menyertai pada Karnival Jualan Mega pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: KR1M 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

04/04/2026
0

Gelisah apabila dianggap ‘copy & paste’ idea Najib Razak, terus ada berhujah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tutup sejak 2017. Tiada...

Inisiatif Baharu KR1M Libat Banyak Rakan Strategik

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif baharu program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd