• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Meningkat Sejak Januari Di Labuan

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Jumlah kes denggi yang dilaporkan di pulau ini meningkat kepada 70 sejak Januari, berbanding hanya 16 pada tahun lepas dan tiga kes pada 2015, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Langkah-langkah penguatkuasaan telah ditingkatkan bagi memantau wabak itu, katanya pada penyampaian Anugerah Keselamatan Makanan 2017 di Kompleks Kewangan di sini, hari ini.

Kebanyakan kes yang direkodkan melibatkan kawasan perkampungan air yang berpenduduk padat ,iaitu Kampung Patau-Patau, penempatan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Kampung Kiansam, Kampung Layang-Layang dan Taman Perumahan Mutiara, katanya.

Beliau meminta orang ramai, terutamanya penduduk di kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk, mengambil langkah untuk memastikan persekitaran, tempat kerja, sekolah dan kawasan lain adalah bebas daripada serangga itu.

“Kami telah menjalankan banyak gotong-royong bagi kempen kebersihan secara besar-besaran di beberapa kampung, namun kami masih merekodkan kes,” katanya.

Selain itu, Dr Ismuni berkata terdapat satu kes jangkitan malaria dipercayai daripada seekor monyet turut dicatatkan dan langkah telah diambil bagi membendung wabak itu. – BERNAMA

Tags: Kes Denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

Kes Denggi Dijangka Melonjak Naik Hujung Tahun Ini – KKM

03/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini, berdasarkan trend kes sejak 10 tahun lalu, menurut...

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

20/07/2023
0

KANGAR: Kes demam denggi di Perlis terus menunjukkan peningkatan dengan 33 kes dilaporkan pada minggu lalu bermula dari tempoh 9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd