• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Bot Nelayan Ditahan Tangkap Ikan Di Zon Larangan

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Jabatan Perikanan Kelantan menahan lima bot pukat tunda nelayan tempatan yang menangkap ikan di kawasan zon menangkap ikan yang dikhususkan untuk nelayan pinggir pantai di sekitar perairan Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan Anuar Salam Sulaiman berkata nelayan terbabit sepatutnya menangkap ikan di kawasan dua batu nautika ke atas namun mereka dikesan menjalankan aktiviti itu di kawasan satu batu nautika dari pantai Tok Bali.

“Kegiatan menangkap ikan di kawasan kurang dua batu nautika dari pantai menjejaskan hasil tangkapan nelayan pinggir pantai,” katanya kepada pemberita di Pengkalan Perlindungan Sumber Perikanan Jabatan Perikanan, Tawang, di sini hari ini.

Anuar Salam berkata seramai 15 orang nelayan termasuk lima tekong yang berusia antara 20 dan 40 tahun ditahan antara pukul 8 pagi dan 10 pagi ketika sedang menangkap ikan.

“Ketika musim tengkujuh ini, udang akan berada lebih dekat dengan pantai, mereka sepatutnya membuat tangkapan menggunakan pukat hanyut tiga lapis tetapi mungkin mereka nak jumlah yang banyak dalam masa singkat, mereka menggunakan peralatan yang dilarang iaitu pukat tunda,” katanya.

Beliau berkata nelayan terbabit akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 yang boleh dikenakan kompaun tidak kurang daripada RM500 dan peralatan serta hasil tangkapan dirampas.

Katanya pihaknya menerima banyak aduan daripada nelayan pinggir pantai mengenai pencerobohan bot pukat tunda di kawasan sekitar dua batu nautika dari pantai negeri ini. – BERNAMA

Tags: Bot NelayanIkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

Warga Asing Berusia 12 Tahun Antara 16 Ditahan Bekerja Di Bot Nelayan Tempatan

06/10/2023
0

LUMUT: Seramai 16 warga asing ditahan manakala 16 keroncong mata pukat tunda yang diharamkan penggunaannya bernilai RM48,000 dirampas dalam operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd