• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar Jualan ‘My Best Buy’ Capai RM15 Juta

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan hasil jualan program ‘My Best Buy’ meningkat hingga RM15 juta pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) lembaga itu Mansor Omar berkata sasaran berkenaan berdasarkan rekod nilai jualan program itu yang meningkat setiap tahun sejak program itu diperkenalkan pada 2014.

“Hingga hari ini, sejumlah RM11.7 juta nilai jualan telah dicatatkan dan kami jangkakan jumlah itu akan meningkat hingga RM13 juta pada penghujung tahun ini. Jumlah nilai jualan itu jauh lebih tinggi berbanding RM9.4 juta yang dicatatkan tahun lepas,” katanya kepada Bernama selepas ditemubual dalam rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini, hari ini.

My Best Buy merupakan program menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bertujuan membantu rakyat di kawasan bandar menangani kesan kenaikan kos sara hidup manakala pengguna boleh mendapatkan barangan pada harga berpatutan.

Selain peningkatan nilai jualan, beliau berkata jumlah peserta dan lokasi program itu juga sentiasa meningkat berikutan penjimatan yang diperolehi pengguna sebanyak lima hingga 20 peratus bagi barangan segar terutama ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Hingga hari ini program ini telah diadakan di 146 lokasi berbanding hanya 92 pada 2016. Jumlah peserta juga meningkat dengan kadar yang baik iaitu sebanyak 1,800 dicatatkan setakat hari ini berbanding 1,583 peserta tahun lepas.

“Jumlah peserta, lokasi dan jenis barangan yang dijual bergantung pada sasaran dan permintaan pelanggan. Kalau di institusi pengajian tinggi jenis barangan yang dijual lebih kepada makanan yang sedia dimakan, dan sekiranya diadakan di kawasan perumahan barangan segar yang akan dijual,” kata Mansor.

Beliau berkata FAMA kini dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai peserta yang menyediakan barangan segar menyertai program itu.

“FAMA mahukan 50:50 peserta yang menyertai program ini terlibat membekalkan barangan segar dan barangan industri asas tani seperti barangan sedia dimakan atau makanan sejuk beku,” katanya.

Pada masa ini lebih banyak peserta industri asas tani menyertai program itu, dan untuk itu, FAMA telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti ladang kontrak dan ekspo usahawan.

“FAMA juga menyediakan pelbagai jenis dana untuk membantu mereka yang berminat dalam bidang pertanian ini , tetapi mereka perlu menunjukkan komitmen dari segi hasil produk serta minat yang mendalam untuk mendapatkan dana tersebut. Ia penting supaya dana itu dapat diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMApeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd