• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Muncul Di Sebuah Stesen TV, Syazwan Masih Aktif

oleh AK-47
13/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Sazwan Zulkifly sememangnya sinonim dengan watak antagonis atau watak ‘jahat’ yang sering mengundang kebencian penonton.

Lihat sahaja lakonannya sewaktu membintangi filem Juvana. Memek muka serta lakonan yang ditunjukkan membuatkan penonton turut rasa ‘bengang’ dengan tindakannya membuli pelajar lain.

Beberapa minggu lalu tularnya berita yang kononnya mendakwa nama Syazwan telah disenarai hitam oleh sebuah stesen televisyen di Malaysia.

Namun, pihak tersebut tampil telah menjelaskan yang namanya tidak disenaraihitamkan.

Menurut pelakon berusia 30 tahun ini, dia reda dan menganggap rezeki tidak berpihak kepadanya untuk menerima tawaran lakonan untuk saluran berkenaan walaupun sudah dua tahun.

“Sebelum ini, saya pernah dengar pihak stesen televisyen terbabit ada mengeluarkan kenyataan diri saya tidaklah disenaraihitamkan oleh mereka. Kalau betul kenyataan berkenaan, saya bersyukur.

“Begitupun, apa yang selalu berlaku, jika ada syarikat produksi yang menawarkan saya peluang berlakon untuk saluran berkenaan, memang nama saya takkan lepas.

“Saya sendiri kurang pasti apa masalah sebenarnya? Apa pun, saya baik-baik saja dan rezeki lakonan pun masih ada, alhamdulillah,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, Syazwan yang pernah membawakan watak Helmi dalam drama popular 7 Hari Mencintaiku menolak dakwaan mengatakan yang dia sudah tidak diterima industri.

Menurutnya, dia masih aktif berlakon, cuma tidak disiarkan menerusi siaran televisyen utama.

“Sebenarnya, sehingga kini ada saja tawaran berlakon yang saya terima. Kerjaya seni saya tidak pernah perlahan sampai sekarang. Pendek kata, saya tidak pernah bercuti lama, tanpa kerja lakonan.

“Cuma, undangan yang datang itu bukanlah untuk karya siaran televisyen utama. Namun begitu, ia tidak bermakna saya selesa dengan sesebuah saluran televisyen saja.

“Sebaliknya, saya mempelbagaikan kemunculan dan memastikan ada jarak antara sesebuah drama yang dijayakan. Kalau boleh, saya tidak mahu terlalu kerap muncul di sesebuah saluran,” tambahnya.

Terdahulu, ada cakap-cakap belakang yang mengatakan aktor ini tidak diterima stesen televisyen berkenaan berikutan kontroversi yang pernah tercetus dengan bekas kekasihnya yang pernah bekerja di situ.

Mengenai perkembangan terkininya pula, Syazwan sedang sibuk menjalani pengambaran bagi filem Romusha bersama Jonathan Putra dan Jasmine Suraya. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Syazwan Zulkifly
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wajah Syazwan Ketika Bayi Seiras Arwah Adam

06/07/2018
0

TINDAKAN pelakon Syazwan Zulkifly memuat naik gambarnya ketika bayi yang dicantum dengan foto Allahyarham adik Adam Rayqal Mohd Sufi yang ditemui...

Belum Move On, Syazwan Zulkifly Masih Sayang Shenty

03/08/2016
0

PELAKON Syazwan Zulkifly, 29, mengakui dia mash menyayangi bekas teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan seorang pengacara, walaupun hubungan mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd