• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Tiada Kompromi Kepada Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang cuba mencabar kewibawaan anggotanya ketika menjalankan tugas mencegah jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian anggotanya yang diserang kira-kira 30 pekerja kontrak warga China pada malam Sabtu lalu.

“Kita (PDRM) pandang serius perkara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba halang tugas kita banteras jenayah.

Setakat ini, lapan suspek telah direman untuk siasatan termasuk dua wanita, semua warga China,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya polis akan mengambil langkah proaktif untuk terus memantau pekerja asing di Kuala Lumpur untuk mengekang pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah seperti judi dan jenayah kekerasan.

Dalam kejadian 10.30 malam Sabtu lalu, sepasukan anggota unit kereta peronda yang sedang melakukan pemeriksaan berhubung kegiatan perjudian di hadapan kediaman pekerja kontrak di Jalan Imbi telah diserang kira-kira 20 hingga 30 pekerja warga China.

Menyedari ancaman itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, persiapan PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan antara lapan perkara utama yang ditekankan kepada anggota IPK KL.

“Kita telah nempersiapkan anggota kita untuk menghadapi PRU14 dan ketika ini semua anggota diarah untuk tidak mengambil cuti kecuali melibatkan kes kecemasan seperti kematian anggota keluarga terdekat,” katanya.

Selain itu, katanya, polis juga akan menekankan perkara berkaitan membanteras kes ragut, gengsterisme, ancaman pengganas, dadah, judi haram, Macau-Scam dan samseng jalanan.

“PDRM juga akan bekerjasama lebih rapat dengan beberapa agensi penguat kuasa lain dalam beberapa operasi mencegah jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: PDRMpekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd