• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakat Baharu Hiasi Pentas Anugerah Juara Lagu 32

oleh AK-47
13/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH tiga minggu peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32 berlangsung, akhirnya teka-teki 12 lagu yang layak ke pentas final Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) sudah pun terjawab.

Menariknya, lagu-lagu yang terpilih itu bukan sahaja sering kali diputarkan di corong-corong radio, malah ia karya dan nyanyian daripada bakat baharu yang mula dikenali.

Komposer Ajai memberikan saingan apabila dua karyanya iaitu Separuh Matiku Bercinta nyanyian Dayang Nurfaizah dan Akhiri Cinta daripada Salma mendapat tempat ke pentas berprestij itu.

Bakat baharu, Syamel turut tidak ketinggalan apabila dua lagu nyanyiannya iaitu Lebih Sempurna serta nyanyian duet bersama Ernie Zakri menerusi lagu Aku Cinta turut layak ke AJL.

Lapan lagu lain yang dipilih juri profesional ialah Tergantung Sepi daripada Haqiem Rusli, Jampi nyanyian Hael Husaini, Faizal Tahir & Caliph Buskers dengan lagu Sejati serta Amboi daripada Altimet.

Hazama antara nama yang pernah mewarnai pentas AJL sekali lagi layak ke AJL dengan lagu Aku Yang Sebenar.

Tiga lagi bakat baharu yang pertama kali bertanding dalam Muzik-Muzik ialah Wany Hasrita dengan lagu Menahan Rindu, Bayang nyanyian Khai Bahar dan Warkah Untukku dendangan Ara.

12 lagu yang layak berentap di pentas AJL32 ini diadili oleh juri profesional, seperti AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah serta diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Persembahan separuh akhir yang berlangsung selama tiga minggu berturut-turut dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Hefny Sahad.

Tahniah dan all the best diucapkan kepada kesemua peserta yang bakal merebut gelaran Juara Lagu 32 pada Februari depan! – MYNEWHSUB.CC/SA

Tags: Anugerah Juara Lagu 32Muzik-Muzik 32Separuh Akhir Muzik-Muzik 32
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahu Fokus AJL, Haqiem Tangguh Konsert Di Kuching

14/12/2017
0

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli memohon maaf kepada para peminatnya kerana terpaksa menangguhkan konsert Haqiem Live In Kuching...

Dayang Nurfaizah Akui Bakat Baharu Beri Saingan

23/11/2017
0

WALAUPUN tiga tahun berturut-turut memegang title vokal terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), Dayang Nurfaizah akui persaingan kali ini amat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd