• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Lelaki Lebih Beralah Dalam Perhubungan?

oleh AK-47
13/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SESUATU hubungan yang terjalin tidak kiralah percintaan mahupun persahabatan memerlukan kejujuran dan kepercayaan.

Tidak lupa juga sikap bertolak ansur yang kadang kala mampu mengurangkan pergaduhan. Namun, siapakah yang lebih banyak beralah dalam sesuatu hubungan?

Baru-baru ini, berdasarkan tinjauan undian yang dilakukan menerusi laman Facebook Mynewshub, 63 peratus daripada 660 netizen bersetuju bahawa lelaki lebih banyak bertolak ansur dalam sesuatu hubungan.

Undian tersebut telah dilakukan selama tiga hari sejak 10 November yang lalu.

Pelbagai komen dan pandangan yang dilontarkan berkenaan topik ini dan rata-rata kaum Adam ini turut menyatakan pandangan mereka kenapa yang dipilih lelaki dan bukan wanita.

“Sebab aku lelaki jadi aku sokong lelaki. Perempuan kadang-kadang emosi lebih. Benda kecil terbawa-bawa sampai merajuk. Boleh sampai tahap bertolak ansur tak apa lagi.

“Tapi, kalau lebih-lebih merajuk sampai call, mesej tak jawab, ambil mi goreng lempar dekat muka dia,” komen Dauz Versyz.

Tun Ridzuan pula berpendapat, “Orang perempuan ini terkenal dengan serabut dia. Semua serba tak kena dengan mereka ni.”

Namun, dalam ruangan komen yang didominasi oleh kaum Adam ini, seorang netizen wanita turut memberikan pandangannya. Dia juga tidak terlepas menjadi salah seorang yang mengundi lelaki.

“Saya sebagai perempuan pun sokong lelaki. Saya pun tahu perangai saya macam mana. Hahahaha..,” tulis Ekyn Radzi.

Tapi, ada juga wanita yang berpendapat mereka lagi senang untuk bertolak ansur dalam hubungan. Ada juga yang menyatakan tolak ansur tersebut bergantung kepada situasi yang dilaluinya.

Walau apapun alasannya diberi, rasanya sikap tolak ansur dapat membantu dalam mengekalkan sesuatu hubungan itu untuk jangka masa panjang.

Jika tidak, tiadalah pasangan yang masih berkekalan walaupun sudah berpuluh-puluh tahun mendirikan rumah tangga. – MYNEWSHUB.CC

Tags: tolak ansur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd