• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Ketengah Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – MIC akan mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden parti, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata MIC juga sudah menyerahkan senarai calon PRU14 kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diperhalusi.

“Selepas perdana menteri menentukan calon sesuai, senarai akhir akan kita serahkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk proses saringan. Untuk kali ini, kita ketengahkan ramai calon muda.

Ini bermaksud bahawa BN mempunyai banyak pilihan pemimpin dan ada cukup calon untuk diangkat. Saya yakin dengan keputusan perdana menteri dan kepimpinan BN berkaitan hal ini,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Makan Malam Deepavali anjuran MIC Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC negeri Datuk L.Manickam.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan yakin parti itu dapat menawan kembali dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson dan Parlimen Teluk Kemang serta mempertahankan DUN Jeram Padang di negeri ini pada PRU14.

“Kita mensasarkan dapat meraih sokongan pengundi rakyat India di ketiga-tiga kawasan itu iaitu sebanyak 65 peratus. Saya yakin kita boleh menang terutamanya di DUN Port Dickson dan Parlimen Teluk Kemang kerana semua isu telah kami selesaikan baik dari segi isu rumah, sekolah dan kuil serta kita juga boleh menang di DUN Jeram Padang.

Ada juga timbul beberapa isu mengenai pemilihan calon sebelum ini namun apabila keputusan calon telah dibuat, saya yakin isu ini tidak akan berbangkit dan ahli parti akan berusaha menggerakkan jentera untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.

Di Negeri Sembilan, MIC hanya memenangi DUN Jeram Padang yang diwakili Manickam dengan majoriti 2,691 undi selain tewas di kerusi Port Dickson dan Teluk Kemang, kedua-duanya kepada PKR. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd