• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dron: Wisma Putra Sah Wartawan Malaysia Dipenjara

oleh
12/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan seorang wartawan rakyat Malaysia, Mok Choy Lin yang ditahan pihak berkuasa Myanmar hujung bulan lalu dijatuhi hukuman penjara dua bulan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, wanita yang berusia 47 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut kerana didapati bersalah ketika perbicaraan di sebuah mahkamah tempatan semalam di bawah Akta Aerodrome Myanmar 1934.

Kedutaan Besar Malaysia di Yangon sudah mengadakan lawatan konsular ke atas Choy Lin yang bertugas dengan Turkish Radio and Television Corporation (TRT) dan beliau dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Kedutaan juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Myanmar serta Kedutaan Besar Singapura dan Turki di Myanmar untuk memantau selain menghulurkan bantuan konsular,” kata Kementerian Luar lagi.

Wisma Putra turut mengesahkan Choy Lin dan seorang lagi wartawan warga Singapura, dikenali sebagai Lau Hon Meng, 44, bersama seorang penterjemah dan pemandu yang bekerja untuk TRT sebelum itu ditahan pihak berkuasa.

Baca: Wartawan Malaysia Ditahan Rakan Parlimen Guna Dron

Mereka dikesan bawa masuk dron tanpa kebenaran pihak berkuasa negara itu. Untuk rekod, krisis pelarian etnik minoriti Muslim Rohingya di wilayah Rakhine beberapa bulan lalu menyaksikan ramai wartawan asing ditahan.

“Kementerian Luar ingin menekankan keperluan warga Malaysia untuk memahami dan memastikan pematuhan sepenuhnya undang-undang negara yang dilawati bagi elak sebarang perkara tidak diingini,” kata kementerian itu.

Dalam kejadian pada 27 Oktober lalu, kedua-dua wartawan berkenaan bersama penterjemah dan pemandu sedang membuat tugasan untuk TRT serta cuba mengambil gambar bangunan Parlimen dan pagoda di Naypitaw.

Jurucakap polis Myanmar, Kolonel Myo Thu Soe memberitahu agensi berita Reuters, wartawan itu ‘secara haram mengimport dron’ dan keempat-empat mereka akan didakwa mengikut Undang-undang Eksport dan Import.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak secara khusus merujuk kepada dron, namun ‘tiada individu dibenarkan mengeksport atau mengimport barangan dilarang tanpa memperoleh lesen.’ – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MyanmarTRTWisma Putra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd