• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tiada Kuasa Henti Projek Negeri Di Lereng Bukit

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan mana-mana projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk di lereng bukit kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa negeri masing-masing.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata walaupun kuasa meluluskan atau menghentikan sebarang pembinaan projek termasuk di lereng bukit merupakan hak kerajaan negeri, namun, kerajaan pusat sudah mengeluarkan garis panduan yang boleh dipatuhi.

“Kita (kementerian) sudah mengeluarkan buku Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi 2009 dan diberi kepada semua kerajaan negeri. Tetapi, ia tertakluk kepada pihak kerajaan negeri untuk terima atau tidak…kuasa (untuk menerima) terletak pada kerajaan negeri.

“Jadi, kalau hendak henti projek, ia adalah kuasa kerajaan negeri. Kementerian hanya ada kuasa untuk nasihat, buat dasar, buat pekeliling tetapi pelaksanaannya adalah kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017, Hari Habitat Sedunia 2017 dan Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai rungutan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu projek pembinaan di lereng bukit di Pulau Pinang dihentikan.

Noh berkata apabila menerima buku Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi 2009, ada negeri yang mengubah suai garis panduan itu.

Beliau berkata Pulau Pinang juga telah mengubah suai garis panduan tersebut mengikut geografi negeri itu, sekali gus mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Untuk Pembangunan Kawasan Bukit 2012.

Dalam pada itu, Noh menasihati semua kerajaan negeri supaya mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Perancangan Fizikal Negara bagi mengelak kegagalan perancangan pembangunan yang boleh mencetuskan bencana alam.

“Kalau ia (bencana) berlaku dengan kehendak Allah SWT, ia memang di luar kuasa kita tetapi jika ia berlaku akibat kecuaian manusia sendiri di mana kita patut boleh atasinya, maka, kita tidak boleh hendak menyalahkan takdir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd