• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Nafi Kumpulan 14K Wujud Di Negara Ini

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan bahawa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dikenali sebagai kumpulan 14K wujud di negara ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat rakyat Malaysia menyertai kumpulan itu di luar negara, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Intergriti Ketua Polis Balai di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Khalid berkata kewujudan undang-undang yang ketat dalam membasmi aktiviti pengedaran dadah telah menyekat kemasukan kumpulan terbabit di negara ini.

Menyentuh mengenai rakyat Malaysia Paul Phua Wei Seng dan anaknya, Darren Wai Kit Phua yang kini ditahan di Amerika Syarikat untuk dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menjalankan operasi perjudian haram semasa pertandingan
bolasepak Piala Dunia 2014 di negara itu, beliau enggan mengulas kerana proses pendakwaan sedang dijalankan ke atas Phua dan anaknya.

Beliau hanya berkata: “Nasihat saya kepada Phua, fokus kepada pendakwaannya.”

Beliau turut mengesahkan pihaknya sentiasa berhubung dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenai perkara itu.

Sementara itu, Khalid turut menyatakan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) masih berada di dalam seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beliau tidak bercadang untuk mengasingkannya daripada PDRM.

JIPS ditubuhkan 25 Julai tahun lalu bertujuan memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh PDRM. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd