• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerusi Urut, Hantaran Jalaluddin Buat Pasangan

oleh
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT je pasal kahwin, haaa… mesti macam-macam nak kena prepare termasuklah barang hantaran yang bakal dibawa ketika akad nanti.

Kalau ikut adat, cukuplah sekadar beri buah-buahan, persalinan baju, seperangkat alat solat dan beberapa lagi kelengkapan diri lain.

Tapi… zaman sekarang ni, fuhhh… lagi advance! Macam-macam jenis hantaran pelik yang dibagi, mahu terkejut tok kadi oi!

Perkara ini lah yang berlaku kepada salah seorang pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.

Pelakon tersebut ingin membuat kelainan dalam majlisnya dengan memberikan sebuah kerusi urut sebagai barang hantaran buat bakal isterinya, Rapidah Abd Ghani.

Menurut pelakon berusia 63 tahun ini, tujuan pemberian tersebut adalah sebagai kegunaan harian buat isterinya untuk berehat serta melepaskan letih ketika berada di rumah.

“Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirahat,” katanya dipetik mStar Online.

Rapidah Abd Ghani

Memetik sumber, pihak kami difahamkan kerusi urut tersebut berharga sekitar RM20,000.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata lagi, majlis istimewa kali ini akan diadakan secara sederhana sahaja memandangkan ia merupakan perkahwinan keduanya.

Tambahnya lagi, dia juga merancang untuk melawat pusara arwah isterinya, Datin Hashimah Aksan terlebih dahulu pada pagi sebelum majlis akad nikah berlangsung.

“Kali ini saya tidak akan bersanding, buat yang wajib sahaja iaitu akad nikah di masjid.

“Saya memang berniat untuk membuat majlis ala kadar sahaja sebab saya ni bercerai mati, bukannya bercerai hidup,” ujarnya.

Kenangan Jalaluddin Hassan bersama arwah isteri, Hashimah.

Ditanya mengenai proses persiapan majlis, pengacara Who Wants to Be a Millionaire? ini mengakui segalanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.

Jelasnya lagi, segala persiapan termasuk hantaran untuk majlis berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh anak dan menantunya sendiri.

“Sebab majlisnya ringkas sahaja, saya bagi anak dan menantu yang uruskan termasuklah membuat hantaran dan sebagainya,” ujar Jalaluddin.

Jalaluddin Hassan Pengsan Selepas Siaran Langsung

Jalaluddin bakal melangsungkan perkahwinan dengan Rapidah iaitu seorang ibu tunggal berusia 44 tahun pada Ahad ini di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.

Baca: Datuk Jalaluddin Hassan Bakal Naik Pelamin

Sekalung tahniah kami ucapkan di atas perkahwinan pasangan ini yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Semoga pasangan ini diberikan kemudahan dalam segala urusan meniti hari bahagia itu nanti ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Jalaluddin HassanJalaluddin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Hassan Dan Rapidah Kini Suami Isteri

12/11/2017
0

SELEPAS setahun hidup solo susulan kematian arwah isterinya, kini pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan tidak hidup secara bersendirian lagi. Dengan...

Datuk Jalaluddin Hassan Nafi Nikah 25 November

12/10/2017
0

SEBELUM ini Datuk Jalaluddin Hassan ada menyuarakan niatnya untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenalinya melalui Facebook. Namun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd