• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Telefon Pintar, Apple Dijangka Atasi Samsung

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc. bersedia untuk mengatasi Samsung Electronics Co. dari Korea Selatan dalam pasaran global telefon pintar pada suku keempat.

Ia dengan dibantu oleh prestasi jualan yang menggalakkan model terbaharu iPhone X, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap di sini.

Menurut data dikumpulkan pemerhati industri TrendForce, Apple dijangka menguasai 19.1 peratus pasaran dalam tempoh Oktober hingga Disember, lebih tinggi daripada jangkaan Samsung iaitu sebanyak 18.2 peratus.

Samsung mengekalkan kedudukan teratas pada suku sebelumnya, dengan mencatatkan 21.1 peratus diikuti Apple sebanyak 11.5 peratus.

“Pada suku ketiga, pengeluaran telefon pintar Samsung meningkat berikutan pengeluaran model Galaxy Note 8 dan kekukuhan jualan Galaxy J, yang berterusan meskipun pasaran berada pada paras sederhana dan rendah.

“Samsung dijangka mengurangkan skala pengeluaran model mewahnya pada suku keempat, kerana model berkenaan dilihat mendapat tekanan lantaran permintaan kukuh keluaran terbaharu iPhone,” kata TrendForce.

TrendForce berkata, memandangkan pengeluaran pada suku keempat Samsung akan menurun lima peratus mencecah 77 juta unit, sebaliknya Apple akan mencapai sebanyak 81 juta unit dan iPhone X akan mengumpul satu pertiga daripada jualan.

Menurut TrendForce, pasaran global telefon pintar pada 2018, dilihat akan beransur-ansur dalam pasaran tepu.

Keupayaan mengawal kos komponen yang semakin meningkat dan meluaskan pasaran di luar negara menjadi faktor utama mempengaruhi prestasi jualan jenama masing-masing. – BERNAMA

Tags: appleSamsung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

01/06/2023
0

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon pintar Apple. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd