• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Kem Tentera Baharu Dibina, Ditambah Baik

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kem tentera di seluruh negara sedang dan akan dibina serta dirancang untuk ditambah baik bagi menggantikan kem usang sedia ada selain menempatkan anggota tentera ke penempatan yang lebih selesa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu juga bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota tentera berdasarkan landskap baharu keselamatan dan pertahanan negara.

“Perancangan pembinaan dan penambahbaikan kem-kem adalah satu usaha yang berterusan, ia tidak dapat dilaksana sekelip mata dan pembinaannya akan mengikut perancangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kementerian dan ATM akan memantau secara dekat pembinaan kem ini mengikut jadual dan mengikut standard dan memenuhi piawaian demi kelesaan anggota bertugas,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pembinaan kem-kem baharu itu juga bertujuan memindahkan kem sedia ada yang berada terlalu hampir dengan pembangunan, selain menempatkan pasukan dan unit baharu dalam ATM.

Hishammuddin bagaimana pun tidak menyatakan lokasi kem-kem yang terlibat atau jumlah peruntukan bagi tujuan tersebut.

Sebelum ini, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dilaporkan berkata Tentera Darat Malaysia sedang membina empat kem baharu di Perak, Pahang dan Johor yang dijangka siap akhir tahun ini.

Sementara itu, Hishammuddin berkata satu jawatankuasa tertinggi iaitu Jawatankuasa Induk Halatuju Mindef telah dibentuk yang memfokuskan halatuju pertahanan dan kebajikan anggota tentera serta veteran.

“Di bawah jawatankuasa ini digariskan beberapa teras iaitu kesiapsiagaan, kebajikan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), keselamatan, diplomasi pertahanan dan perumahan yang mana setiap teras akan mempunyai pasukan petugas tertentu yang membuat perancangan dan pelaksanaan secara sistematik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd