• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Tahir Tercalon Lagi Untuk MTV EMA!

oleh
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAYAAN penyanyi yang digelar sebagai ‘Superman’ Malaysia kini bertambah menyerlah apabila dia sekali lagi dicalonkan dalam MTV Europe Music Award (EMA) 2017.

Kali ini, Faizal Tahir telah dicalonkan menerusi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) 2017.

Faizal bakal bersaing dengan Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapura), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Redi (Filipina) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Menerusi entri terbaharunya di Instagram, Faizal turut sempat ‘menyelit’ bahawa pengundian kategori itu bakal berakhir pada 11 November ini.

Assalamualaikum. I know it might be a bit too late to be posting about this (its only a few more days to the MTV EMA 2017) but i believe it’s never too late to thank every single one of you who have voted for me to be nominated for this years MTV EMA. I am truly honoured n humbled to receive such overwhelming support from all of you. Like i always say, my fans will always be the biggest award i can ever have as an entertainer. Anyways, voting ends this Friday. So, if u think i deserve a bit more votes, (& love 😅), you can go to www.mtvema.com and do so n make me a happy man 😊 Thanks again for keeping the faith. Allah bless. iamFaithmen #MTVEMA2017 Ps: Couldnt focus on the singing due to the weird sound effects going on.

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on Nov 7, 2017 at 9:13pm PST

“Saya tahu ianya agak terlambat untuk posting ini, tapi saya percaya, ianya takkan pernah lambat untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudah mengundi saya untuk dicalonkan bagi anugerah MTV EMA tahun ini,” tulisnya di ruangan caption.

Ketika ditemui di Majlis Sidang Media Skim Latihan 1Malaysia(SL1M) di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pagi tadi, Faizal memberitahu bahawa dia berasa terharu kerana dapat dicalonkan dan akan bersaing dengan penyanyi hebat dari negara lain.

“Menang atau kalah, itu belakang cerita. Asalkan saya dah tercalon, itu dah jadi kebanggan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Majlis MTV EMA itu bakal diadakan di London pada 13 November ini dan akan menampilkan Rita Ora sebagai pengacara majlis.

Sebelum ini, Faizal juga pernah dicalonkan untuk kategori yang sama sewaktu penganjuran MTV EMA 2015 yang lalu.

Namun, belum sampai rezeki buat Faizal untuk memenangi pertandingan itu apabila dia telah tewas kepada penyanyi dari Vietnam, Son Tùng M-TP.

Anugerah MTV EMA telah dianjurkan setiap tahun bagi memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga untuk para penghibur.

Semoga tahun ini, tuah akan menyebelahi kepada Faizal Tahir. Dengan kejayaan Faizal dicalonkan untuk kategori itu, sekali lagi nama Malaysia sudah dikenali dipersada antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Faizal TahirMTV Europe Music Award(EMA) 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Zamani Buat Saya Yakin Bergerak Solo” – Faizal Tahir

05/03/2019
0

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani yang disifatkan sebagai individu penting dalam mencorakkan...

Ragaman Bukan Kisah Saya & Isteri – Faizal Tahir

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Faizal Tahir, 39, menolak tanggapan lagu baharunya, Ragaman, dihasilkan berdasarkan kisah rumah tangganya sendiri. Biarpun karya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd