• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Ditangkap Ketika Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sepasang suami isteri yang baru menimang cahaya mata mungkin berdepan hukuman mati apabila mereka ditahan sedang mengedar dadah di Bandar Seri Iskandar, kira-kira 40 kilometer dari sini, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak ACP R. Ravi Chandaran berkata dalam operasi oleh sepasukan pegawai dan anggota JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Perak kira-kira 9.15 malam itu, polis merampas 1.816 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM45,000 daripada pasangan tersebut.

Beliau berkata suspek yang masing-masing berumur 42 dan 39 tahun terbabit dipercayai telah menjalankan kegiatan pengedaran dadah di daerah Perak Tengah selama hampir setahun dan dijejaki polis sejak enam bulan lalu.

“Hasil semakan mendapati suspek lelaki bekerja sebagai pencuci kereta manakala isterinya tidak bekerja dan mempunyai seorang anak berusia dua bulan.

“Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencing didapati negatif daripada sebarang jenis dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti sama ada si isteri turut terlibat sama dalam kegiatan itu selain mengesan suspek lain dalam sindiket.

Kedua-duanya direman tujuh hari sehingga 14 Nov ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan, katanya.

Mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah di Perak, Ravi Chandaran berkata walaupun terkawal ia masih dalam keadaan membimbangkan.

Beliau berkata bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 6,802 tangkapan berkaitan dadah dicatatkan, meningkat 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah tahun ini sebanyak RM9.5 juta berbanding RM1.3 juta tahun lalu meningkat sebanyak 614 peratus atau RM8,148,892.3.

“Nilai sitaan harta menunjukkan penurunan daripada RM7.8 juta tahun lalu kepada RM5.4 juta tahun ini, menurun sebanyak RM2,364,395.49 atau 30 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd