• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepakaran Zamihan Masih Diperlukan – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan pusat masih memerlukan kepakaran pendakwah Zamihan Mat Zin mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh di Penjara Tapah, Perak walaupun kerajaan Selangor tidak membenarkannya berceramah di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun tidak dibenarkan memberi ceramah di Selangor, namun kepakaran Zamihan dalam bidang pemulihan akidah militan masih boleh digunakan.

“Dalam perkara ini Zamihan adalah salah seorang pakar pemulihan dan mengikut rekod, kejayaan pemulihan akidah yang dilaksanakan Zamihan cukup berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di sini hari ini.

Zamihan, katanya, adalah aset penting dalam usaha pemulihan akidah pengganas khusus untuk mengembalikan mereka ke jalan benar.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya yang mempersoalkan tindakan kerajaan pusat membiarkan Zamihan terus mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh walaupun beliau (Zamihan) tidak dibenarkan memberi kuliah di Selangor.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Zamihan adalah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dipinjamkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menyemak penerbitan agama dan kini ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.

“Saya tidak fikir beliau harus dihukum dengan jawatan yang diberikan di penjara itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Zamihan Mat Zin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bercakap Hak Islam, Melayu Pula Dianggap Rasis?

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) mempersoalkan mengapa umat Islam dan orang Melayu negara ini dianggap rasis...

Persidangan Ajaran Sesat Di Sabah?

11/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu seminar persidangan sedunia anjuran fahaman ilmu syahadah dan zikir nafas yang didakwa telah difatwakan sebagai haram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd