• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di P.Pinang Semakin Berkurang

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sejumlah 3,213 mangsa banjir daripada 802 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di dua daerah di Pulau Pinang hingga pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir berkata jumlah itu semakin berkurangan berbanding 3,736 mangsa banjir daripada 936 keluarga pada malam tadi.

“Kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 26 pusat pemindahan melibatkan 18 di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) pula di lapan pusat pemindahan sementara,” katanya di sini hari ini.

Katanya di SPU seramai 2,528 mangsa daripada 589 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan manakala di SPT sejumlah 685 mangsa membabitkan 213 keluarga.

Hingga pagi ini beberapa kawasan masih dinaiki air antaranya Lahar Yooi, Padang Menora, Nyior Sebatang dan Air Melintas Besar berikutan hujan semalam.

Keadaan cuaca di Pulau Pinang pagi ini cerah.

Ketika ini, ratusan sukarelawan berada di Pulau Pinang untuk membantu membersihkan rumah penduduk yang dilanda banjir kilat bagi membolehkan mereka kembali ke kediaman masing-masing.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini itu telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd