• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesilapan Buku Anggaran Perbelanjaan S’gor Tak Patut Berlaku

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor kesal dengan kecuaian kerajaan negeri berkaitan kesilapan percetakan butiran dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Selangor 2018.

Penyelaras Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata kesalahan pada perincian Butir-butir Anggaran Hasil Bagi Tahun 2018 termasuk membabitkan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dalam dokumen penting berkenaan perbelanjaan kerajaan negeri.

“Hari ini kerajaan negeri keluarkan satu notis kepada kami (ADUN) yang mengakui ada ralat di situ, jadi saya berpendapat kesalahan seperti ini tidak sepatutnya dibenarkan kerana ini membabitkan dokumen penting.

“Saya rasa ralat ini menunjukkan satu bukti prima facie…bukti nyata yang jelas ada ketidakcermatan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan bajet ini. Apabila dibuat pembetulan ia menimbulkan keraguan,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, sebelum sidang DUN bermula, semua ADUN diedarkan notis ralat, surat pemakluman ralat dan jadual pembaharuan Butir-butir Anggaran Hasil Bagi Tahun 2018.

ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak pula berkata kesalahan yang tidak mengikut Perlembagaan itu boleh menyebabkan Belanjawan Selangor 2018 tidak diluluskan.

Jelasnya, berdasarkan Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan, semua hasil kerajaan negeri daripada mana-mana sumber mesti dimasukkan dalam kumpulan wang yang disatukan.

“Kita tidak boleh terima perkara ini dengan membuat ralat kerana ini satu kecuaian yang sangat besar oleh pihak kerajaan negeri. Saya yakin bila (ADUN) Batang Kali (Mat Nadzari) bangkitkan mengenai perkara ini semalam kerajaan negeri menyedari perkara ini maka ralat dibuat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya siasatan boleh dilakukan.

Semalam, ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2018, Mat Nadzari menggesa kerajaan negeri mengisytiharkan jumlah peruntukan Marris yang diterima sejak 2012 sehingga kini.

Ini berikutan peruntukan akaun bukan hasil kerajaan negeri tidak merekodkan penerimaan wang Marris sedangkan kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan itu antara RM400 juta hingga RM500 juta setiap tahun. – BERNAMA

Tags: BN SelangorDatuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

28/10/2022
0

KUALA SELANGOR : Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon berprofil tinggi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

PRU15: BN Selangor Tampil 21 Muka Baharu

PRU15: BN Selangor Tampil 21 Muka Baharu

19/10/2022
0

BANGI - BN Selangor akan menampilkan 21 calon muka baharu di 21 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd