• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musibah Banjir Yang Menyatukan, Biarpun Berbeza Politik

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Musibah banjir yang melanda utara Semenanjung khususnya negeri Pulau Pinang telah menyatukan pimpinan pusat dan negeri biarpun berbeza fahaman politilk demi membantu mangsa banjir di kawasan itu yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata apa yang menarik perhatiannya daripada musibah itu ialah tanggungjawab pemimpin pusat dan negeri bekerjasama menyelesaikan masalah rakyat yang terjejas dengan banjir.

“Senario ini amat menarik. Politik matang diamalkan. Jauh di lubuk hati, saya berkata: Inilah Malaysia. Perbezaan politik tidak menghalang untuk bersama dalam menyelesaikan masalah rakyat. PM Najib adalah seorang yang budiman,” katanya menerusi catatan terbaru blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/.

Salleh berkata beliau tertarik membaca kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal pagi Ahad meminta bantuan dan panggilan diangkat oleh Ahmad Zahid.

“…dan esok paginya mereka berjumpa dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat,” kata Salleh.

Salleh berkata beberapa hari lepas banjir teruk telah melanda utara Semenanjung mengakibatkan hampir 7,000 penduduk Pulau Pinang dan 3,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan.

“Teruk atau tidaknya banjir ini dapat lihat bukan sahaja daripada jalan yang ditenggelami air, tetapi juga rumah yang turut digenangi air,” katanya.

Salleh berkata: “’Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sendiri pula turun ke Pulau Pinang dan sekali lagi disambut oleh Lim serta diberikan taklimat oleh kerajaan negeri”.

“Saya lihat mereka mesra bersama berbincang mengatasi masalah rakyat,” katanya.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pulau Pinang meningkat kepada 7,294 orang daripada 1,774 keluarga tengah hari ini berbanding 6,080 mangsa membabitkan 1,572 keluarga pagi tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di Kedah setakat 4 petang ini menurun kepada 442 orang berbanding 982 orang pada 9 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd