• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Tubuh Pasukan Menilai Pesawat Kawalan Maritim

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu pasukan teknikal bagi menilai beberapa jenis pesawat kawalan maritim (MPA) berikutan kelulusan kerajaan bagi pembelian pesawat pemantauan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 baru-baru ini.

Menurut panglimanya Jen Tan Sri Affendi Buang, pasukan teknikal itu akan menganalisis beberapa aspek pesawat pesaing dan memilih pilihan terbaik yang sesuai dengan keperluan TUDM.

Selain kemampuan pesawat, pasukan itu juga akan menilai fungsi-fungsi lain pesawat termasuk aspek sokongan dan sama ada ia (pesawat) boleh bekerjasama dengan industri kita. Kita perlu melihat secara holistik manfaat jangka pangjangnya,” katanya kepada media semasa menghadiri pameran Pertahanan dan Keselamatan 2017 di sini baru-baru ini.

Katanya kerajaan, seperti yang diumumkan dalam bajet, telah meluluskan pemerolehan empat MPA, selaras dengan keperluan minimum TUDM, namun jumlah pesawat boleh ditambah pada masa depan, bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Affendi berkata dengan pembelian pesawat berkenaan ia akan meningkatkan kemampuan tentera udara bagi melindungi sempadan maritim negara dan menangkis sebarang bentuk pencerobohan.

Pada masa ini, tugas melindungi kedaulatan maritim negara digalas tiga pesawat Beechcraft B200 TUDM dan pesawat daripada agensi-agensi yang lain.

Sementara itu, Affendi berkata bagi memastikan pasukan teknikal itu menjalankan penilaian terbaik tentang pesawat yang sesuai bagi tentera udara, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan juga menyertai pasukan itu atas beberapa sebab yang menarik perhatian.

Walaupun operasi MPA akan dikendalikan TUDM, misi berbilang spektrum juga mengandungi operasi laut seperti Anti-Submarines Warfare (ASW), yang menjadikan ia penting untuk mempunyai input daripada pegawai tentera laut dalam pasukan penilaian itu.

Selain pemantauan ASW dan maritim, MPA menurut panglima TUDM itu juga perlu melaksanakan misi seperti Mencari dan Menyelamat (SAR) dan Perisikan Elektronik atau Electronic Intelligence (ELINT).

Di antara pesaing bagi memenuhi keperluan MPA TUDM termasuk Airbus Defence and Space’s C295, PT Dirgantara CN235, Indonesia, Leonardo’s ATR72 dan P-8 Poseidon yang digunakan angkatan tentera Amerika Syarikat dan Australia.

Tag harga P-8 Poseidon boleh mengatasi pesawat mahal dalam persaingan itu, menurut seorang penganalisis pertahanan yang enggan namanya disebut, .Beliau berkata ATR72 yang kini digunakan di beberapa buah negara boleh menjadi calon yang disebut boleh menang atas beberapa sebab.

Mengenai tawaran kerajaan Jepun untuk menyerahkan pesawat pemantauan maritimnya P-3C Orion kepada Malaysia secara percuma, Affendi berkata pasukan teknikal TUDM baru sahaja meninggalkan negara bagi menilai tawaran itu.

“Tentera udara perlu menunggu pasukan itu pulang sebelum membuat keputusan,” katanya sambil menambah kata tawaran daripada Jepun itu, bagaimanapun, tidak berkaitan dengan pemerolehan MPA yang disebut di dalam bajet namun lebih kepada langkah-langkah sementara.

Katanya pesawat P-3C Orion telah beroperasi selama lebih daripada 30 tahun dan menghampiri akhir kitaran hayatnya.

Pesawat ini tidak dikeluarkan lagi oleh OEM (Original Equipment Manufacturer). Kami tidak membeli pesawat yang usang..itu adalah sistem lama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jen Tan Sri Affendi Buang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Affendi Mulakan Tugas Panglima ATM Secara Rasmi

07/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jen. Tan Sri Affendi Buang memulakan tugas secara rasmi di...

PTU Dilantik Anggota “Hall Of Fame” MAFSC

12/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang hari ini dilantik secara rasmi sebagai anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd