• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loji Rawatan Air Muanad Beluran Dijangka Siap 2018

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Pembinaan projek Loji Rawatan Air di Kampung Muanad dekat sini sudah siap 44 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun hadapan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Zakaria Mohd Edris berkata projek pembinaan loji itu telah bermula pada Mac tahun lepas dan sepatutnya siap pada September lepas.

Katanya kerja-kerja belum dapat diselesaikan dalam tempoh berkenaan oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Apabila siap nanti, loji dibina dengan kos RM32 juta itu akan menyalurkan bekalan air terawat kepada beberapa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum iaitu Jaya Bakti, Memanjang dan Satura serta kawasan lain dalam daerah ini, katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Udangan Negeri Gum-Gum berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau loji rawatan air itu, hari ini.

Terdahulu beliau telah diberi taklimat berhubung projek dan sebab kelewatan pembinaan loji rawatan air itu oleh Jurutera Jabatan Air Bahagian Sandakan Hamirul Ariffin.

Loji Rawatan Air akan beroperasi 16 jam sehari dan mampu memproses dan merawat air minuman sekitar enam juta liter sehari.

Zakaria berkata beliau mengadakan tinjauan ke tapak loji ini setelah menerima laporan daripada penduduk kampung bahawa pemasangan paip telah siap tetapi bekalan air masih belum disalurkan ke kampung mereka.

Justeru, beliau berkata telah meminta pihak Jabatan Air Negeri Sabah supaya mempercepatkan kerja pembinaan loji ini agar penduduk kampung yang terbabit dapat menikmati bekalan air terawat.

“Buat masa ini penduduk di Kampung Jaya Bakti, Memanjang, Satura dan kawasan persekitaran bergantung kepada air hujan dan air perigi untuk kegunaan harian mereka, ” katanya.

Menurutnya kerajaan telah mengagihkan tangki kepada penduduk kampung terlibat bagi memudahkan mereka menyimpan bekalan air. – BERNAMA

Tags: Loji Rawatan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Hasil 8,765 Juta Liter Air Sehari Menjelang 2030

Selangor Hasil 8,765 Juta Liter Air Sehari Menjelang 2030

30/05/2023
0

KUALA LANGAT: Selangor dijangka berupaya menghasilkan 8,765 juta liter air sehari (JLH) menjelang 2030 melalui lebih 30 Loji Rawatan Air...

13 Loji Rawatan Air Pahang Tak Dapat Beroperasi, 54,000 Akaun Terjejas

20/12/2021
0

KUANTAN : Sebanyak 13 Loji Rawatan Air (LRA) di lima daerah di Pahang tidak dapat beroperasi akibat terkesan dengan kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd