• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berat Uqasha Senrose Naik 13 Kg Dalam Sebulan!

oleh
07/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA tidak kenal dengan aktres popular, Uqasha Senrose yang sering terpalit dengan kontroversi panas lagi membara ni kan?

Nama pelakon berusia 25 tahun ini menjadi buah mulut netizen dek kerana keputusannya untuk kembali freehair selepas tiga tahun berhijab.

Perkara tersebut nampaknya masih menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini. Tapi, kami bukan nak cerita lagi pasal benda tu u’olls…Tapi…

Baru-baru ini, Uqasha menerima kritikan hebat terutama daripada netizen selepas viral gambar figura jelita ini tampil berpakaian ‘jolok mata’ ketika menghadiri acara berprestij, Anugerah Skrin 2017 pada malam Jumaat.

Antara kritikan yang dilontarkan adalah Uqasha dikatakan semakin gemuk daripada biasa malah baju yang dipakainya disamakan dengan kain langsir rumah yang tidak siap.

BACA : Macam Kain Langsir, Baju Uqasha Jadi ‘Bahan’ Netizen

BACA : Kena Sindir Dengan Netizen, Ini Respon Balas Uqasha…

Susulan itu, Uqasha atau pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen mengakui berat badannya naik secara mendadak iaitu sebanyak 13 kilogram dalam satu bulan.

Anak jati kelahiran Kelantan itu memberitahu perkara itu disebabkan oleh selera dan nafsu makan yang tinggi.

Selain itu, Uqasha turut tidak menafikan kebahagian yang dialami pada saat ini juga merupakan salah satu faktor kepada pertambahan berat badannya.

“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.

“Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya memetik Astro Gempak.

Dalam pada itu, pelakon ini mengakui terkesan dengan pertikaian segelintir pihak mengenai bentuk fizikal sedangkan baginya perkara itu adalah normal bagi seorang manusia.

“Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.

“Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial,” ujarnya.

Hmmm…Mulut orang memang macam tu…Pedulikan saja lah ape yang dorang nak kata. Apa yang penting, awak tetap meletop!– MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: uqasha senrose
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd