• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

59 Kes Buang Bayi Januari-Jun 2017 – KPWKM

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 59 kes pembuangan bayi dilaporkan dari Januari sehingga Jun lepas dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 23 kes.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Azizah Mohd Dun berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah mencatatkan kes pembuangan bayi kedua tertinggi, masing-masing sebanyak tujuh kes.

“Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai pelan jangka pendek dan panjang bagi memupuk kesedaran terutama dalam kalangan remaja dan ibu bapa mengenai pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif bagi menangani masalah sosial yang berlaku,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) mengenai statistik terkini kes pembuangan bayi yang direkodkan mengikut negeri serta langkah jangka panjang kementerian dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reproduktif dan kesan negatif kehamilan serta kelahiran anak luar nikah yang semakin menjadi isu sosial dan membimbangkan.

Menurut Azizah, pelaksanaan Pelan Tindakan Kesihatan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (Pekerti) oleh KPWKM juga turut membantu meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif terutama dalam kalangan remaja dan ibu bapa.

Azizah berkata program yang dilaksanakan Pekerti termasuk mewujudkan konsep Pusat Remaja kafe@TEEN bertujuan meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 24 tahun.

Selain itu, beliau berkata di peringkat sekolah, KPWKM melalui LPPKN telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program Pekerti di sekolah sejak 2012 dan akan menambah penyertaan lebih banyak sekolah pada tahun hadapan.

“Program Pekerti turut diperluaskan kepada pelajar Kolej Komuniti seluruh negara sejak 2015 serta peringkat komuniti melibatkan penjawat awam, badan bukan kerajaan dan pemimpin komuniti seperti rukun tetangga,” katanya. – BERNAMA

Tags: buang bayiKPWKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd