• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang di-Pertuan Agong Dimasyhurkan Canselor UPNM

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersempena istiadat konvokesyen ke-8 universiti itu di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh membaca watikah pelantikan itu dalam istiadat berkenaan dan cokmar UPNM berasaskan pedang Zulfakar dipersembahkan di hadapan Seri Paduka oleh Naib Canselor UPNM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Hadir sama Pro Canselor UPNM Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim.

Seri Paduka kemudiannya berkenan mengurniakan anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Pengajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa kepada Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Latif Ahmad.

Sumbangan terbesar Abdul Latif dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah dalam peristiwa misi menyelamat askar-askar Amerika Syarikat oleh 113 anggota Batalion Malaysia I di bawah penugasan Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia II (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Okt 1993.

Jawatan terakhir Abdul Latif sebelum bersara pada 8 Mac 1997 ialah Panglima Briged Pertama Infantri.

Sementara itu ketika bertitah, Seri Paduka mengingatkan warga UPNM akan tanggungjawab bersama dalam menentukan masa hadapan dan memahat sejarah gemilang universiti berkenaan.

“Legasi kegemilangan UPNM perlu diperkukuhkan dan dipertahankan, institusi ini perlu terus kekal relevan seiring masa,” titah baginda.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Ijazah Tinggi (Doktor Falsafah dan Sarjana) dan Ijazah Sarjana Muda kepada 116 graduan.

Pada majlis itu juga, seramai 29 pelajar cemerlang menerima anugerah khas daripada Sultan Muhammad V, antaranya Nor Syamira Mohd Firdaus dan N.Thachnatharen menerima Anugerah Pelajaran Diraja, Noor Fazliena Baharin (Anugerah Pingat Emas Canselor) dan Intan Noor Suhada Saari (Anugerah Pingat Emas Naib Canselor). – BERNAMA

Tags: UPNMYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

11/11/2024
0

SHAH ALAM - Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd