• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JLKN Sedia Hantar Sukarelawan Ke Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menghantar anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara ke Pulau Pinang bagi menjalankan misi kemanusiaan pasca banjir dengan membantu kerja-kerja pembersihan.

Ketua Pengarah JLKN Datuk Mohmed Asri Yusof berkata operasi pembersihan itu tertumpu ke kawasan yang terjejas, terutama kawasan sekolah dan jalan raya selepas banjir surut.

“Kami tidak bergerak secara sendirian, sebaliknya kami akan bekerjasama dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan misi kemanusiaan pasca banjir di Pulau Pinang.

“Pihak JKLN tidak mempunyai kemahiran untuk menyertai misi kemanusiaan semasa banjir berlaku, dan hanya menghantar anggota sukarelawan untuk melakukan kerja pembersihan pasca banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohmed Asri berkata jumlah sebenar anggota sukarelawan yang dihantar ke Pulau Pinang tertakluk kepada keperluan.

“Pihak kami sentiasa memantau keadaan, dan bersedia menghantar anggota sukarelawan yang diperlukan,” katanya.

Kira-kira 10,000 pelatih kini mengikuti Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di 52 kem seluruh negara bermula 30 Sept lepas hingga 28 Nov ini.

Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Tags: JLKNPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd