• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Bot & Nelayan Asing Di Pulau Tioman

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan bot dan 18 nelayan asing termasuk seorang tekong warganegara Vietnam yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan Pulau Tioman, petang semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dalam satu kenyataan berkata bot berkenaan dikesan melakukan aktiviti tersebut ketika kapal peronda APMM melaksanakan Operasi Perkasa Timur di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), kira-kira 23 batu nautika dari Pulau Tioman pada pukul 5.25 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 18 awak-awak termasuk tekong dipercayai warganegara Vietnam berumur antara 20 hingga 44 tahun disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta tiada dokumen pengenalan diri.

Tangkapan ini merupakan tangkapan kedua dalam tempoh tiga hari melibatkan bot nelayan asing yang menceroboh perairan Malaysia,” katanya.
Kesemua mereka telah ditahan dan di bawa masuk ke jeti Pangkalan Maritim Kemaman, untuk disiasat di bawah Akta Perikanan,” katanya.

Katanya kesemua hasil ikan yang dianggarkan 6,000 kilogram (kg) dan sotong kering seberat 100kg turut dirampas dengan nilai rampasan dianggarkan hampir RM1.5 juta.

“Operasi ini akan dipertingkatkan dari masa ke masa walaupun pada musim tengkujuh untuk membenteras aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan asing di dalam perairan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd