• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPP Perlu Main Peranan Sebagai Mata, Telinga K’jaan

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jawatankuasa Penyelaras Penduduk (JPP) perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan permasalahan masyarakat untuk pengetahuan jabatan dan agensi berkaitan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata JPP juga mempunyai fungsi yang sama seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memastikan kebajikan masyarakat mendapat pembelaan sewajarnya.

“JPP dibuat oleh kerajaan berfungsi sama seperti JKKK iaitu mendapatkan maklumat mengenai orang miskin dan permasalahan masyarakat, cuma perbezaannya JPP diwujudkan di kawasan bandar.

Maklumat mengenai orang miskin, ibu tunggal, anak yatim serta warga emas yang diperoleh oleh JPP perlu disimpan dan diproses supaya memudahkan pihak kerajaan untuk menyampaikan bantuan,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Komuniti Taman Alamanda di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Mat Ali Hassan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Datuk Abdul Halim Abd Latif.

Mohamad dalam pada itu mengingatkan JPP supaya tidak memberikan khidmat secara bermusim, sebaliknya sepanjang masa agar setiap permasalahan masyarakat dapat ditangani.

Pembinaan Pusat Komuniti Taman Alamanda yang menelan belanja RM250,000, antara lain bertujuan untuk masyarakat setempat berkumpul dan melakukan pelbagai program kemasyarakatan serta platform untuk memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanJPP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd