• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mejar Patricia Kongsi 4 Kunci Untuk Capai Kejayaan

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Ikon Negaraku, juruterbang wanita pesawat MIG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Patricia Yap Syau Yin menggariskan empat perkara yang menjadi kunci dan motivasinya untuk mencapai kejayaan.

Patricia, 41, yang berasal dari daerah ini berkata empat kunci itu ialah disiplin, bekerja dalam kumpulan, kepimpinan dan keazaman yang tinggi.

“Selaku ikon Negaraku saya berbangga kerana dipilih untuk berkongsi kunci kejayaan dan menyuntik inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan muda,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Patricia menjadi tetamu jemputan pada Siri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di sini yang dihadiri kira-kira 1,000 pelajar, golongan muda dan orang awam dari daerah ini, Beluran, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna.

Beliau mengingatkan golongan muda agar jangan sesekali berputus asa dalam mengejar impian, cita-cita dan kejayaan masing masing selain daripada memperjuangkan kebolehan dan kelebihan yang dimiliki semaksimum mungkin.

Dalam pada itu, Patricia berkata dalam tempoh dua tahun tidak balik ke Sandakan dan hari ini dia melihat banyak perubahan khususnya dari segi pembangunan.

Katanya apa yang beliau banggakan ialah sifat ramah mesra masyarakat Sandakan terus kekal tanpa mengira umur bangsa dan agama.

Beliau berkata kampung halamannya ini sentiasa dekat di hati dan mahu melihat daerah ini terus maju ke hadapan dari segi pembangunan dan kejayaan penduduknya.

Patricia bertugas selama 20 tahun dalam TUDM dan berpengalaman sebagai juruterbang pesawat pejuang selama lima tahun dari 2003 hingga 2007 sebelum ditugaskan sebagai jurulatih pesawat pelatih Pilatus PC-7 MKII di Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah.

Pada September lepas, ibu kepada dua anak itu mendapat pengiktirafan kerajaan negeri Sabah apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah. – BERNAMA

Tags: Mejar Patricia Yap Syau Yin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd