• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Bulan Di Hospital Penyu, Puteri Tioman Kembali

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Setelah menerima rawatan selama tiga bulan di ‘hospital penyu’, Puteri Tioman akhirnya pulih seratus peratus daripada pelbagai kecederaan dan kembali dilepaskan ke habitat asalnya di Laut China Selatan, lewat petang semalam.

Pelepasan penyu betina spesies agar seberat 150 kilogram di pantai Rantau Abang itu turut ‘diiringi’ dua penyu remaja juga spesies agar ‘Chelonia mydas’ berusia lingkungan tiga tahun.

Turut hadir padamajlis pelepasan itu ialah Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang dan Pengarah FRI Rantau Abang, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir serta penduduk kampung berdekatan.

Syed Abdullah berkata Puteri Tioman yang berumur 30 tahun dijumpai sekumpulan nelayan di Pulau Tioman, Pahang pada Ogos lalu dalam keadaan yang sangat lemah dan diserahkan kepada FRI Rantau Abang untuk menerima rawatan.

“FRI Rantau Abang adalah satu-satunya pusat yang melindungi dan merawat spesies marin terancam di negara ini dan kami mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam merawat dan membiakkan penyu.

“Pemeriksaan yang dijalankan terhadap Puteri Tioman mendapati terdapat cebisan plastik, tali, pukat dan gabus di dalam ususnya.

“Puteri Tioman juga mengalami masalah untuk bertelur kerana berlaku jangkitan kuman dan bengkak pada farajnya,” katanya kepada pemberita di sini lewat petang semalam.

Bagi melancarkan proses rawatan kesihatan terhadap Puteri Tioman, beberapa pakar daripada FRI Rantau Abang, Universiti Malaysia Kelantan, Doktor Vaterinar daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Terengganu telah bergabung untuk memastikan penyu betina itu pulih seperti sedia kala.

Syed Abdullah berkata susulan itu, Puteri Tioman telah diberikan rawatan antibiotik untuk masalah jangkitan kuman dan diberikan makanan rumusan khas untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

“Alhamdulillah, Puteri Tioman telah memberi reaksi positif terhadap rawatan yang diberikan selepas dua minggu dan berjaya mengeluarkan sebanyak 15 biji telur secara semula jadi selepas itu.

“Kami terus memberi rawatan sesuai untuk memastikan Puteri Tioman pulih seratus peratus dalam tempoh tiga bulan sebelum dilepaskan ke habitat asalnya di perairan Laut China Selatan,” katanya.

Tambahnya, kejayaan ini dapat dicapai dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang diamalkan selama ini antara FRI Rantau Abang, Pejabat Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Taman Laut Pahang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dan Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan, NGO Juara Turtle dan masyarakat nelayan.

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya. – BERNAMA

Tags: penyu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd