• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita OKU Mangsa Culik Ditemukan Mati Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai mangsa culik ditemukan mati di sebuah rumah di Regat Tasek Jaya Tiga, Taman Tasek Jaya di sini, malam tadi.

Mayat P. Umageswari, 34, dari Taman Kledang Sungai Siput ditemukan terbaring di dalam bilik, rumah satu tingkat kira-kira pukul 10 malam tadi oleh kakaknya yang hanya ingin dikenali sebagai Selvi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita tersebut yang turut berkait dengan laporan orang hilang di Sungai Siput.

Kakak mangsa berkata adiknya yang bermasalah mental serta menghidap kencing manis dan penyakit jantung diculik di hadapan rumah mereka di Sungai Siput kira-kira 5 petang, Jumaat lalu.

“Kami ada terima panggilan telefon daripada seorang lelaki meminta wang tebusan. Kami cuba siasat dan minta bantuan syarikat telco untuk kesan pemanggil itu selain membuat laporan polis Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Menurut Selvi berdasarkan maklumat syarikat telco, pihaknya pergi ke tempat kerja lelaki yang dipercayai menculik mangsa sebelum diberikan alamat rumah suspek.

“Sebaik tiba di rumah itu kami tidak boleh masuk kerana berkunci dan terpaksa meminta bantuan daripada pihak polis sebelum menemukan mayat Umageswari dalam keadaan terbaring,” katanya.

Selvi berkata mangsa ada menghubunginya kira-kira 8 malam tadi memberitahu dia dikurung dalam sebuah bilik gelap selain mengadu lapar.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi mengenal pasti punca kematian. – BERNAMA

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd