• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Fokus Kukuhkan Benteng Pertahanan

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka United akan memberi fokus mendapatkan khidmat pemain pertahanan dan penjaga gol berwibawa dalam usaha memantapkan benteng pertahanan pasukan berkenaan menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata benteng pertahanan Melaka United dilihat rapuh musim ini apabila bolos 49 gol, dengan dua gol setiap perlawanan, dan situasi itu meresahkan pasukan tersebut menjelang kempen liga berkenaan musim depan.

“Apabila kita bolos dua gol dalam satu perlawanan sahaja, kita perlukan tiga gol untuk menang, ini suatu cara yang mustahil untuk kita terus bermain dengan berkesan dan meraih kemenangan demi kemenangan. Kita perlu cari jalan atasi masalah ini.

“Kita memerlukan bajet sekitar RM17 juta untuk bawa masuk pemain berkualiti dan memberikan saingan pada musim depan, tetapi kita masih berbincang dengan teliti mengenai bajet ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2017 sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob ke-79 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata selain benteng pertahanan, Melaka United juga memerlukan pemain di bahagian tengah serta sayap.

Mengenai hasrat skuad Hang Tuah itu mendapatkan khidmat penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, beliau berkata Melaka United dan Kelantan masih melakukan perbincangan tentang perkara tersebut.

“Khairul Fahmi masih mempunyai baki kontrak dengan Kelantan (sehingga musim depan) dan kita kena lihat dahulu sama ada Kelantan sanggup melepaskan beliau atau tidak,” katanya.

Mohd Yusoff berkata Melaka United memerlukan pemain berpengalaman untuk memperkuatkan pasukan itu pada saingan Liga Super musim depan, selain dapat membimbing pemain muda.

“Kita mahu pemain yang boleh bekerjasama dengan semua supaya kita dapat bermain sebagai satu pasukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd