• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kemiskinan Di Kelantan Menurun – Mustapa

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kadar kemiskinan terutama bagi kategori miskin tegar di Kelantan menurun kepada 0.4 peratus pada 2016 berbanding 0.9 peratus pada 2014.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah 0.4 peratus adalah menyamai peratusan di peringkat kebangsaan pada 2016.

“Penurunan ini disebabkan pelbagai program pembangunan kerajaan Persekutuan rancangkan di Kelantan sejak beberapa tahun lepas, dan kita berharap untuk beberapa tahun akan datang, jumlah peratusan ini akan berkurangan.

“Antara program dijalankan bagi mengurangkan peratusan kemiskinan di Kelantan termasuklah keusahawanan, kesihatan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MTPNK di Wisma Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah JPP Kelantan Yahaya Mamat.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kategori miskin tegar dinilai berdasarkan pendapatan isi rumah RM930 sebulan, dengan anggota keluarganya merangkumi minimum sepasang suami isteri dengan tiga anak.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah penduduk miskin tegar di Kelantan ketika ini.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata lima projek membabitkan kos RM936.07 juta di bawah ‘Rolling Plan’ kedua bagi tahun ini untuk melengkapkan Central Spine Road belum dimulakan aktiviti fizikalnya.

Beliau berkata ia membabitkan pembinaan jejambat dari Kota Bharu merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor yang menelan belanja RM144 juta, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (Pakej 2B: Ketereh ke Kok Lanas – RM229.79 juta) dan Jambatan Sungai Gu, Kota Bharu (RM8.73 juta).

Selain itu, projek jalan raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang (Pakej 6A: Aring ke sempadan Kelantan/Terengganu – RM300 juta) dan Central Spine Road (Seksyen 3D: Bulatan Gua Musang ke Mentara – RM253.55 juta). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamedkemiskinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

23/07/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan melalui pelbagai inisiatif, termasuk menyediakan...

Sik Jadi Lokaliti Pertama Projek Rintis Basmi Kemiskinan Tegar

09/11/2021
0

Satu projek yang murni dan diharap akan berjaya.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd