• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Medan Tajaan Malaysia Operasi 1 Disember

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Hospital medan tajaan Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh akan mula beroperasi selewat-lewatnya 1 Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata setakat ini lokasi awal pembinaan hospital itu adalah kira-kira pada jarak 10 ke 15 minit daripada kem pelarian terdekat, namun lokasi sebenar akan ditentukan pasukan pemantau yang akan bertolak Selasa ini.

“Ia di Chittagong namun dekat dengan Cox Bazar dan pada ketika ini saya diberitahu 10 ke 15 minit daripada kem pelarian tapi lokasi sebenar akan ditentukan pasukan pemantau. Selepas itu kita akan buat pengumuman penempatan yang sebenarnya daripada segi spesifik.

“Kita punya pasukan hadapan akan lihat dengan lebih terperinci lagi, mungkin ada pelarasan tertentu yang kita akan buat, sebab kita nak utamakan kebersihan kalau tempat itu boleh sebabkan kesan kepada kebersihan saya beri kepada pakar-pakar kita untuk buat keputusan, ini bukan soal dasar, ini pengoperasian,” katanya kepada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan misi membina dan mengendalikan hospital medan bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dan meninjau latihan percubaan operasi hospital berkenaan yang diadakan di Hospital ATM Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini. – BERNAMA

Tags: Hospital Medan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UAE Bina Hospital Medan Di Gaza

UAE Bina Hospital Medan Di Gaza

07/11/2023
0

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, pada Isnin mengarahkan penubuhan hospital medan di...

ATM Ambil Alih Operasi Hospital Medan Malaysia

28/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Tim Operasi Starlight -1, kumpulan pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih pengendalian Hospital Medan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd