• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah S/U Agung PKR Jadi YDP Majlis Islam P.Pinang

oleh
04/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang cetus kemarahan umat Islam di negeri itu apabila dilapor bakal melantik Saifuddin Nasution menerajui Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Berita desas-desus pemilihan Setiausaha Agung PKR itu yang juga Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, LIm Guan Eng dilaporkan oleh beberapa portal propembangkang secara meluas yang memetik sumber dalaman.

Nama Saifuddin, 53, didakwa sudah dihantar kerajaan negeri kepada pihak Istana Negara di Kuala Lumpur untuk mendapat perkenan rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man.

Portal anti-BN terbabit melaporkan tindakan tidak perbaharui kontrak wakil tunggal PAS dalam kerajaan negeri itu yang tamat menjelang akhir tahun ini kerana parti Islam tersebut bukan lagi komponen dalam Pakatan Harapan.

Malah, semua wakil PAS telah dipecat daripada pelbagai jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri serta jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung.

Lucunya, pemilihan Saifuddin sebagai Yang Dipertua MAIPP baharu menimbulkan keresahan masyarakat Muslim di Pulau Pinang kerana tokoh PKR kelahiran Singapura itu bukan anak tempatan dan tiada latar belakang agama!

Sebaliknya ramai menyifatkan ia bukti jelas DAP cuba campur tangan urusan hal ehwal Islam selepas ‘bocor’ rahsia banyak fatwa dikeluarkan MAIPP ‘disekat’ Exco di Komtar sebelum dihantar ke Istana Negara untuk pewartaan.

Terkini Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang bakal menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong agar cadangan pelantikan Saifuddin itu ditolak oleh Seri Paduka Baginda sendiri.

Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, Saifuddin dipilih DAP yang jelas sebelum ini pernah biadab keluar arahan tidak benar speaker di luar masjid untuk azan dan iqamah malah boleh dikenakan hukuman jika tetap digunakan.

Justeru GPMS menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk masuk campur bagi menyelesaikan isu itu kerana urusan umat Islam tidak sepatutnya dikawal selia oleh orang bukan Islam menerusi calon proksi mereka sebagai boneka.

“Sebab itu jika kita lihat dari sudut sejarah sewaktu British datang menjajah negara kita, sultan tetap tidak dibuang, malah diberi kuasa untuk mentadbir serta menguruskan hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu.

“Sepatutnya perkara ini diteruskanlah, dan semestinya orang bukan Islam sedar diri bahawa mereka tidak layak mencampuri urusan orang Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya yang dipetik portal menara.my.

Zambri berkata, calon yang dikatakan dicadangkan oleh Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim itu sangat tidak sesuai untuk menjadi Yang Dipertua MAIPP apatah lagi tiada latar belakang agama.

Pihak kerajaan negeri ujarnya perlu memilih calon ada kredibiliti sebagai pendukung Islam walhal Saifuddin tidak layak kerana tidak sesuai bagi beri nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berlandaskan hukum dan nas al-Quran.

Jelas beliau lagi, sebenarnya masih ramai calon yang lebih berkelayakan dan mampu untuk memikul jawatan tersebut tidak kira sama ada wakil PKR, PAN atau PPBM selepas PAS ‘ditendang’ daripada blok pembangkang.

“Memandangkan pelantikan ini di bawah Yang di-Pertuan Agong, maka kita meminta baginda supaya tidak lulus cadangan yang dikeluarkan oleh Exco Agama ataupun kerajaan Pulau Pinang untuk menamakan Saifuddin.

“Kita juga minta kerajaan negeri agar menyenarai tiga nama lain untuk diberi kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan hanya satu nama, dan mereka disenaraikan selain Saifuddin itu hendaklah yang ada kredibiliti dan kemampuan.

“Saya fikir ini adalah tindakan kurang tepat oleh kerajaan negeri kerana YDP MAIPP sepatutnya bebas pengaruh politik. Kita sedia maklum Saifuddin merupakan Setiausaha Agung PKR, jelas beliau merupakan orang kuat politik.

“Seingat sayalah, di mana-mana negeri pun dalam sejarah negara, belum ada lagi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam berkenaan ditadbir oleh orang politik tetapi dari kalangan profesional atau akademik,” kata Zambri.

Sementara itu dalam satu kenyataan media, Pengerusi Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin turut membidas keputusan dibuat Exco majoritinya bukan Islam tanpa rujuk kepada yang arif.

Beliau turut difahamkan, Naib Pengerusi PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin pula Ahli Majlis MAIPP.

Mohamed Hafiz berkata, semua pihak tahu bahawa Wan Ji masih disiasat polis di bawah Akta Hasutan baru-baru ini berhubung kenyataan celuparnya yang mahu memansuhkan sistem institusi beraja di negara menjadi republik.

“Jadi adakah kita mahu individu sebegini untuk memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai bagi dilantik menyertai MAIPP,” kata Mohamed Hafiz. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MAIPPPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd